ENG | BM
Buletin
Disha Patani disahkan buat penampilan dalam filem "Radhe"

Penulis: Nisa Irina

Disha Patani anggap Salman Khan sebagai sumber inspirasinya dalam kerjaya  lakonan.
Disha Patani anggap Salman Khan sebagai sumber inspirasinya dalam kerjaya lakonan.

5 Nov– Berikutan dirinya dipilih sebagai salah seorang bintang filem terbaru, "Radhe", aktres Disha Patani meluahkan rasa teruja kerana berpeluang bekerja dengan aktor Salman Khan.

Menerusi filem arahan Prabhu Deva itu, Salman akan menggalas watak sebagai seorang anggota polis dan Disha akan menjadi peneraju wanita di sampingnya.

"Salman sentiasa menjadi inspirasi buat saya. Berpeluang bekerja dengannya menerusi filem "Bharat" bagaikan mimpi jadi kenyataan. Kini ia berlaku lagi dalam "Radhe".

"Saya akan mempelajari banyak benda baru semasa bekerja dengan Salman dan Prabhu Deva. Mereka banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya. Saya sangat teruja untuk "Radhe"," katanya yang dipetik dari Deccan Chronicle.

Pada minggu lalu, Salman telah membuat pengumuman besar apabila dia memuat naik sekeping foto menerusi laman Instagram yang menampilkan barisan pelakon filem tersebut.

Sesi penggambaran filem aksi itu akan dijalankan selama sebulan di Mehboob Studios, Mumbai. Salman pula dijangka akan menamatkan jadual pertama penggambaran sebelum mempromosikan filem "Dabangg 3".

Dalam pada itu, filem "Radhe" akan bertembung tarikh tayangannya dengan sebuah lagi filem besar yang dibintangi Akshay Kumar berjudul "Laxmmi Bomb" pada Aidilfitri 2020.

Beralih ke perkembangan lain, Disha juga akan membintangi filem "KTina" yang diterbitkan oleh Ekta Kapoor. Disha akan dilihat menggalas watak seorang gadis Punjabi menerusi filem tersebut.

(Sumber foto: Disha Patani Twitter)

(Sumber artikel: Deccan Chronicle)


Cinema Online, 5 November 2019

Pautan Berkaitan
Shah Rukh Khan bakal buat 'cameo' dalam "Brahmastra"
Bintang terkenal itu akan menjalani penggambaran filem pada hujung tahun ini.
Filem Saif Ali Khan "Jawaani Jaaneman" ditunda ke tahun 2020
Aktor itu juga bakal terlibat dengan penggambaran video lagu promosi filem tersebut.
Kriti Sanon mula penggambaran filem baru "Mimi"
Aktres itu teruja dapat merasai pengalaman berlakon sebagai seorang ibu tumpang.
Arjun Kapoor dan Rakul Preet Singh jadi kekasih dalam filem baru
Filem itu menandakan debut pengarahan bagi Kaashvie Nair.
Alia Bhatt mahu lebar sayap seninya ke Hollywood?
Aktres itu akan menjalani penggambaran filem barunya pada pertengahan bulan November.
Parineeti Chopra tinggal di kompleks sukan 15 hari untuk "Saina"
Aktres itu memperlihatkan komitmen tingginya untuk menjayakan filem biopik terbarunya.