ENG | BM
Buletin
"Dato' S" berani papar isu 'scammer'

Penulis: Ashraf Nasser

Kamal Adli dan Puteri Aishah bergandingan dalam FTV terbaru 'Dato'S
Kamal Adli dan Puteri Aishah bergandingan dalam FTV terbaru "Dato' S".

5 Nov– Tidak dapat dinafikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini isu penipuan atau kini lebih dikenali sebagai 'scammer' semakin menjadi-jadi sehingga menyebabkan kerugian besar iaitu puluhan juta ringgit.

Susulan isu itu yang menjadi semakin parah, pelakon, pengarah dan penerbit Nabil Ahmad telah mengambil keputusan untuk menghasilkan sebuah naskhah Filem Televisyen (FTV) berjudul "Dato' S" yang memaparkan kisah 'scammer' yang jarang dihasilkan sebelum ini.

Ini merupakan naskhah FTV kedua Nabil selepas FTV pertamanya berjudul "The Hantus" berjaya mendapat sambutan daripada penonton.

Menurut Nabil, dia menghasilkan naskhah ini kerana mahu memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan gejala 'scammer' yang semakin menular ketika ini.

"FTV ini adalah berdasarkan kisah benar dari pengalaman ibu saya sendiri yang pernah ditipu dengan skim cepat kaya. Saya melihat aktiviti ini masih berleluasa sehingga ke hari ini dan tiada satu pun penerbit yang mengangkat tema seperti ini.

"Disebabkan itu, saya berbincang dengan penulis skrip dan berkongsi idea untuk mencantikkan lagi jalan cerita agar ia lebih menarik untuk ditonton dan mempunyai unsur komedi," ujarnya yang dipetik dari Astro.

Walaupun ia menceritakan mengenai isu yang serius, namun ia disampaikan dalam bentuk aksi komedi.

FTV arahan Shahrol Esham ini dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Kamal Adli, Puteri Aisyah, Zulin Aziz, Fikry Ibrahim, Datuk Jalaluddin Hassan termasuklah aktivis NGO, Yusof Azmi.

Diterbitkan oleh KMN Productions Sdn Bhd dengan kerjasama Cinemalaya Sdn Bhd, FTV "Dato' S" kini sedang ditayangkan di Astro First Eksklusif di saluran 480.

(Sumber foto: Budiey)


Cinema Online, 5 November 2019

Pautan Berkaitan
Nabil Ahmad arah filem television terbaru, "#Gostan"
Selepas kejayaan FTV pertamanya, Nabil bakal muncul dengan naskhah kedua arahannya.
Nabil Ahmad tak kisah telefilemnya dikecam
Pengarah itu berkata keceman akan meningkatkan publisiti terhadap telefilem terbaru arahannya.
Nabil Ahmad akui berasa berat bawa gelaran Haji
Pelakon dan pelawak itu kini perlu menjaga pertuturannya supaya sesuai dengan keadaannya sekarang.