ENG | BM
Buletin
Kisah hidup Tun Dr. Siti Hasmah bakal diangkat ke layar perak

Penulis: Ashraf Nasser

Filem biopik ini akan menceritakan kisah hidup isteri Perdana Meteri dan kisah cinta mereka.
Filem biopik ini akan menceritakan kisah hidup isteri Perdana Meteri dan kisah cinta mereka.

8 Oct – Penerbit filem Tune Production mengumumkan mereka bakal menerbitkan sebuah filem biopik mengenai Wanita Pertama Malaysia, iaitu Tun Dr. Siti Hasmah.

Menurut penerbitnya iaitu Hafiz Rozlan, pihaknya kini sedang dalam usaha mencari pengarah yang sesuai untuk menggarap naskhah tersebut dan nama pengarah filem biopik "Habibie Ainun" iaitu Faozan Rizal, turut berada dalam senarai pengarah yang dimahukan selain pengarah tempatan iaitu Erma Fatima, Khabir Bhatia dan Osman Ali.

"Tidak timbul sebarang isu jika kami mengambil khdimat pengarah luar kerana apa yang penting, hasil yang berkualiti," ujarnya yang dipetik dari Kosmo!

Dalam pada itu, Hafiz turut memberitahu yang filem yang diberi judul "Hasmah" ini akan menggunakan dua orang pengarah.

"Keputusan pemilihan akan dibuat selepas perbincangan dibuat bersama Tun Dr. Siti Hasmah sendiri dan Tun Dr. Mahathir."

Filem "Hasmah" dianggarkan akan menelan belanja lebih RM6 juta dan akan memulakan penggambaran pada Mac tahun depan.

Ia akan dibintangi oleh Nad Zainal dan Hasnol Rahmat sebagai peneraju.

"Hasmah" akan menceritakan mengenai kehidupan Tun Hasmah sebagai isteri Perdana Menteri keempat dan ketujuh Tun Mahathir dan hubungan cinta mereka.

(Sumber foto: The Rakyat Post)


Cinema Online, 8 Oktober 2019