ENG | BM
Buletin
Ebby Yus sedar era pelawak senior sudah berlalu

Penulis: Ashraf Nasser

Ebby Yus tidak pernah berasa dipinggirkan dan masih lagi menerima tawaran berlakon.
Ebby Yus tidak pernah berasa dipinggirkan dan masih lagi menerima tawaran berlakon.

9 Okt – Pelakon dan pelawak popular Ebby Yus mengakui era pelawak senior sepertinya sudah berlalu dan kini merupakan era pelawak baru yang mendapat perhatian daripada stesen televisyen dan produksi.

Bagaimanapun Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata walaupun pelawak baru ketika ini mendominasi industri hiburan, namun dia tidak pernah berasa terpinggir.

"Alhamdulillah, diri masih dihormati. Mereka (pelawak baru) sangat prihatin, banyak membantu dan selalu bertanya khabar.

"Bagi saya tidak timbul isu pelawak baru semakin ramai menyebabkan pelawak lama dipinggirkan. Itu semua bergantung kepada permintaan stesen TV dan produksi.

"Saya bersyukur apabila kesihatan semakin baik dan sudah mula ada tawaran menjayakan sitkom dan program TV," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon "This Is Pilah" berkata buat masa ini dia hanya akan menerima tawaran mengikut kemampuan kesihatannya sahaja berikutan baru sahaja keluar dari Insitut Jantung Negara (IJN) kerana demam dan batuk teruk akibat jerebu baru-baru ini.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya Ebby kini terlibat dengan sitkom "Jawatankuasa Kampung Kalut" musim kelima yang kini bersiaran di TV3.

Ebby juga turut diundang menjadi pelawak jemputan untuk program 'stand-up' komedi terbitan Astro.

(Sumber foto: mhetv.my)


Cinema Online, 9 Oktober 2019