ENG | BM
Buletin
Erra Fazira bakal rilis lagu terbaru

Penulis: Ashraf Nasser


Erra Fazira ambil masa sebulan untuk buat persiapan sebelum masuk ke studio rakaman.

‏‏30 Apr - Pelakon popular Erra Fazira memberitahu walaupun dia dilihat aktif dalam dunia lakonan, namun dia tidak pernah meninggalkan bidang muzik kerana nyanyian sudah sebati dengan dirinya.

Malah setelah sekian lama, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, bakal muncul dengan lagu terbarunya tidak lama lagi.

"Jika tiada aral melintang, saya akan tampil dengan lagu baru berjudul "Menangkah Cinta" ciptaan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun, manakala lirik oleh Iman Imran.

"Lagu itu mungkin dilancarkan sekitar Syawal nanti dan semoga sambutan baik diterima daripada pendengar muzik dan masa," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Tambah pelakon "Polis Evo 2" ini lagi, dia turut dedahkan dia masih menerima undangan untuk buat persembahan walaupun tidak banyak seperti dahulu.

Dalam pada itu, aktres berusia 45 tahun ini mengakui berasa gementar untuk kembali ke studio rakaman setelah sekian lama tidak berbuat demikian.

Erra turut mengambil masa selama sebulan untuk membuat persiapan.

Bercerita lanjut mengenai lagunya terbarunya, dia berkata lirik lagunya kali ini lebih menjurus ke arah kerohanian sesuai dengan situasi dan usinya ketika ini.

Walaunpun sibuk dengan rakaman lagu terbarunya dia masih lagi aktif dunia lakonan apabila dia bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "Wangi" serta drama bersiri "Gerak Khas".

(Sumber foto: Erra Fazira Instagram)


Cinema Online, 30 April 2019

Filem Berkaitan
Pautan Berkaitan
Erra Fazira utamakan keserasian berbanding mendapat watak utama
Berlakon sebagai watak utama bukanlah penting bagi kerjaya seni Erra ketika ini.
Erra Fazira teruja bakal bintangi "Polis Evo 2"
Pelakon itu akan kembali masuk ke set penggambaran filem selepas sambutan Aidilfitri.
Erra Fazira bakal kembali masuk ke set penggambaran
Selain berlakon, Erra juga bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.
Erra Fazira kurangkan aktiviti seni
Pelakon dan penyanyi itu kini lebih selesa memperlahankan aktiviti seninya.
Erra Fazira rehat dari lakonan untuk tunai ibadah haji
Pelakon itu bakal terbang ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Erra Fazira sentiasa jaga batas lakonan
Pelakon itu juga tidak menetapkan had umur untuk menamatkan karier dalam bidang seni.
Erra Fazira tak kisah jika digandingkan dengan Yusry
Pelakon itu memberitahu perkara itu tidak akan menjejaskan kerjaya seninya.