ENG | BM
Buletin
Erra Fazira rehat dari lakonan untuk tunai ibadah haji

Penulis: Ashraf Nasser


Erra Fazira bakal muncul dengan filem seram terbaru berjudul "Wangi".

23 Jul – Pelakon dan pengacara Erra Fazira memberitahu dia akan berehat seketika dari dunia lakonan kerana mahu memberi tumpuan kepada amal ibadatnya apabila dia bakal menunaikan ibadah haji pada awal Ogos ini.

Menurut Erra, dia terpaksa berhenti berlakon seketika kerana mahu membuat persiapan untuk terbang ke Tanah Suci Mekah.

"Saya tidak mengikuti kursus khas sebaliknya melantik seorang Ustaz untuk memberikan tunjuk ajar dan berkongsi gambaran mengenai selok-belok ibadah haji.

"Memandangkan bakal menunaikan ibadah haji, saya akan berehat buat sementara waktu daripada sebarang aktiviti seni hinggalah akhir Ogos," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Selain melantik seorang ustaz, pelakon "Warna Cinta Impian" ini turut bertanyakan kepada mereka yang pernah menunaikan ibadah haji sebagai persedian untuk dirinya.

Terdahulu, Erra berkata sebelum ini dia sememangnya sudah memasang niat untuk menunaikan ibadah haji namun impainnya itu tidak dapat dilaksanakan memandangkan wanita tanpa mahram tidak dibenarkan menunaikan haji sendirian.

Bagaimanapun, dengan usianya kini yang sudah menjangkau 45 tahun dirinya sudah layak untuk menunaikan ibadah haji.

Sementara itu, Erra bakal muncul dengan sebuah filem seram terbaru berjudul "Wangi" yang akan ditayangkan pada 5 September depan yang mana ia turut dibintangi pelakon lain seperti Nabila Huda dan Syazwan Zulkifly.

(Sumber foto: Erra Fazira Instagram)


Cinema Online, 23 Julai 2019

Filem Berkaitan
Wangi (Malay) (05 Sep 2019)
Polis Evo 2 (Malay) (22 Nov 2018)
Pautan Berkaitan
Erra Fazira bakal rilis lagu terbaru
Pelakon itu bakal muncul dengan lagu terbaru berjudul "Menangkah Cinta".
Erra Fazira utamakan keserasian berbanding mendapat watak utama
Berlakon sebagai watak utama bukanlah penting bagi kerjaya seni Erra ketika ini.
Erra Fazira teruja bakal bintangi "Polis Evo 2"
Pelakon itu akan kembali masuk ke set penggambaran filem selepas sambutan Aidilfitri.
Erra Fazira sentiasa jaga batas lakonan
Pelakon itu juga tidak menetapkan had umur untuk menamatkan karier dalam bidang seni.
Erra Fazira tak kisah jika digandingkan dengan Yusry
Pelakon itu memberitahu perkara itu tidak akan menjejaskan kerjaya seninya.
Pengarah kesal banyak babak filem "Wangi" dipotong
Filem arahan Yeop Hitler itu mengetengahkan genre psiko thriller.
Erra Fazira tiada masalah bekerja dengan Shahir
Pelakon itu menampilkan Shahir (AF8) dalam video muzik terbarunya.