ENG | BM
Buletin
Erra Fazira tiada masalah bekerja dengan Shahir

Penulis: Nisa Irina

Erra Fazira tidak berniat untuk menyindir Shahir dalam video muzik terbarunya.
Erra Fazira tidak berniat untuk menyindir Shahir dalam video muzik terbarunya.

11 Okt – Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Erra Fazira telah melancarkan video muzik terbarunya, "Menangkah Cinta", yang menampilkan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir Zawawi.

Berikutan itu, Erra telah menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan tindakannya itu sekadar gimik dan ingin meraih perhatian penonton semata-mata.

"Kalau hendak buat gimik murahan semata-mata mahu tular, baik saya buat lebih teruk dari itu. Kalau sekadar berlakon dengan Shahir, pada saya, itu perkara biasa.

"Sejujurnya, Shahir bukanlah pilihan utama. Ini kerana kami menyenaraikan ramai pelakon lain antaranya Zul Ariffin, Remy ishak, Ungku Ismail dan Datuk Awie.

"Namun, disebabkan jadual pelakon lain ketat dan Shahir sahaja ada kelapangan, dia terpilih. Ini juga atas persetujuan bersama termasuk pihak pengurusan dan produksi, bukannya kemahuan saya sahaja," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Tambah peneraju utama filem "Wangi" itu lagi, dia juga tidak mempunyai niat untuk menyindir rakan baiknya yang pernah dilanda kontroversi berlaku curang dengannya.

Sebaliknya, dia berasa senang hati kerana Shahir menerima tawarannya untuk tampil dalam video muzik tersebut setelah hampir setahun mereka tidak bersemuka.

Lagu "Menangkah Cinta" yang dilancarkan pada 27 September lalu merupakan hasil ciptaan Hafiz Hamidun dan liriknya ditulis oleh Iman Imran.

(Sumber foto: Black Pepper Production Instagram)


Cinema Online, 11 Oktober 2019

Filem Berkaitan
Wangi (Malay) (05 Sep 2019)
Polis Evo 2 (Malay) (22 Nov 2018)
Pautan Berkaitan
Erra Fazira tak kisah jika digandingkan dengan Yusry
Pelakon itu memberitahu perkara itu tidak akan menjejaskan kerjaya seninya.
Erra Fazira sentiasa jaga batas lakonan
Pelakon itu juga tidak menetapkan had umur untuk menamatkan karier dalam bidang seni.
Erra Fazira rehat dari lakonan untuk tunai ibadah haji
Pelakon itu bakal terbang ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Afieq Shazwan rancang ceburi bidang perniagaan
Pelakon muda itu sedang menyambung pengajian dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa.