ENG | BM
Buletin
Erra Fazira tak kisah jika digandingkan dengan Yusry

Penulis: Nisa Irina


Erra Fazira selalu bersikap profesional dan tidak mengenangkan perkara yang sudah lepas.

13 Sep – Pelakon Erra Fazira memberitahu dia selalu mengutamakan sikap profesional serta tidak mempunyai masalah jika digandingkan dengan bekas suami, Yusry Abdul Halim, dalam sebarang projek lakonan akan datang.

Menerusi episod pertama program 'stagecom' All Stars Buka Panggung baru-baru ini, Erra telah disatukan dengan Yusry di atas pentas bagi mengendalikan temubual.

Sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua-dua belah pihak itu berjaya mendapat perhatian dan pujian daripada penonton dan warganet.

"Kalau digandingkan dalam satu skrin, ia adalah kali pertama buat kami selepas 13 tahun. Kami bekerja dalam satu industri, pusing-pusing pun tetap akan bersua juga.

"Sama ada dalam satu skrin atau majlis, kami dah biasa berjumpa. Jadi ia tidak menjadi apa-apa isu bagi saya.

"Apatah lagi masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dan gembira dengan jalan yang dipilih," katanya menerusi laporan yang dipetik dari mStar Online.

Tambah Erra lagi, apa yang berlaku di antara mereka hanya tinggal kenangan dan perkara itu tidak menjejaskan kerjaya seninya.

Erra dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 2003 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga tahun tanpa dikurniakan cahaya mata.

(Sumber foto: Erra Fazira Instagram)


Cinema Online, 13 September 2019

Pautan Berkaitan
Erra Fazira sentiasa jaga batas lakonan
Pelakon itu juga tidak menetapkan had umur untuk menamatkan karier dalam bidang seni.
Erra Fazira rehat dari lakonan untuk tunai ibadah haji
Pelakon itu bakal terbang ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Erra Fazira bakal rilis lagu terbaru
Pelakon itu bakal muncul dengan lagu terbaru berjudul "Menangkah Cinta".
Erra Fazira tiada masalah bekerja dengan Shahir
Pelakon itu menampilkan Shahir (AF8) dalam video muzik terbarunya.
Wany Hasrita akui masih kurang ilmu lakonan
Penyanyi itu turut mendedahkan cabaran sewaktu berada di set penggambaran telefilem raya.
Yusry Abdul Halim lebih banyak buat kerja sendiri
Pengarah itu turut menyangkal dirinya sudah meninggalkan KRU Studios.