ENG | BM
Buletin
Fasha Sandha enggan ulas soal kehamilan

Penulis: Nisa Irina

Fasha Sandha dan suami Aidil Aziz ambil iktibar atas insiden yang lalu.
Fasha Sandha dan suami Aidil Aziz ambil iktibar atas insiden yang lalu.

4 Nov – Akui berasa fobia atas insiden keguguran yang berlaku pada beberapa bulan lalu, pelakon Fasha Sandha enggan mengulas lebih lanjut mengenai berita kehamilan yang dibawa oleh para peminatnya.

"Insiden keguguran beberapa bulan lalu membuatkan saya fobia untuk berkongsi berita mengenai kehamilan. Cukuplah anak saya terkesan dengan apa yang berlaku sebelum ini. Saya tidak lagi mahu membuatkan mereka berasa hampa.

"Saya juga tidak mahu mengiyakan atau menafikan mengenai perkara itu. Cuma, saya mengharapkan doa yang baik-baik daripada anda semua.

"Apabila sudah sampai waktu yang sesuai saya tetap akan berkongsi berita gembira ini, tetapi mungkin selepas bersalin nanti," ujarnya yang dipetik dari laporan BH Online.

Berita mengenai kehamilan itu timbul selepas para peminat melihat bentuk perut Fasha semakin membesar menerusi beberapa foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Pasangan Fasha dan Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu dan Fasha dilaporkan hamil pada Ramadan lalu namun mengalami keguguran pada Syawal ke-enam.

Lantaran itu, pasangan berkenaan menganggap insiden itu sebagai satu pengajaran dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan.

(Sumber foto: Fasha Sandha Instagram)


Cinema Online, 4 November 2019