ENG | BM
Buletin
Kegagalan 14 filem tak pernah buat Akshay Kumar patah semangat

Penulis: Nisa Irina

Akshay Kumar akui membuat orang ketawa dalam filem "Housefull" adalah perkara sukar.
Akshay Kumar akui membuat orang ketawa dalam filem "Housefull" adalah perkara sukar.

2 Okt – Bintang Bollywood Akshay Kumar mengakui kegagalannya pada masa lalu banyak mengajarnya untuk berusaha menjadi lebih baik sehingga membawa kepada kejayaannya sehingga ke hari ini.

Menerusi laporan yang dikeluarkan baru-baru ini, Akshay mendedahkan dia pernah mempercayai bahawa kariernya telah berakhir apabila 14 buah filemnya tidak mendapat sambutan.

"Saya berasa sedih dan tertekan tetapi latihan seni bela diri saya banyak membantu pada ketika itu. Ia mengajar saya untuk menjadi lebih disiplin," katanya yang dipetik dari Republic World.

Antara filemnya yang gagal mendapat sambutan ialah "Brothers", "Entertainment", "Boss", "Joker", "Action Replayy", "Patiala House" dan "Chandani Chowk To China".

Terkini, Akshay sedang sibuk mempromosikan filem komedi keempat dari francais "Housefull" iaitu "Housefull 4" yang diarahkan oleh Farhad Samji.

"Ia sebuah filem yang menyeronokkan, saya turut berseronok di set penggambaran bersama para pelakon. Namun begitu, membuat orang ketawa menggunakan komedi kasar adalah suatu perkara yang sukar," tambahnya lagi.

Selain Akshay, filem itu menampilkan pelakon lain seperti Bobby Deol, Riteish Deshmukh, Kriti Sanon, Chunky Panday dan ramai lagi. Ia akan dirilis pada 26 Oktober ini.

Filem angkasa "Mission Mangal" yang dibintanginya baru-baru ini juga berjaya mendapat sambutan memberangsangkan serta mencecah kutipan tinggi sejak ia ditayangkan pada 15 Ogos.

(Sumber foto: Indulge Express)
(Sumber artikel: Republic World)


Cinema Online, 2 Oktober 2019