ENG | BM
Buletin
Gajraj Rao akan buat debut di bangku pengarah

Penulis: Nisa Irina

Gajraj Rao akan bergandingan dengan Ayushmann Khurrana dalam filem "Shubh Mangal Zyada Saavdhan".
Gajraj Rao akan bergandingan dengan Ayushmann Khurrana dalam filem
"Shubh Mangal Zyada Saavdhan".

1 Okt – Aktor filem "Badhaai Ho", Gajraj Rao, bakal membuat debut sebagai pengarah apabila mengumumkan akan mengarah sebuah filem komedi gelap pada tahun hadapan.

Bercakap mengenai filem yang masih belum diberi judul itu, Rao memberitahu bahawa ia berkisar mengenai konflik yang dihadapi oleh tiga orang adik beradik ipar.

Menurut laporan yang dipetik dari Bollywood Hungama, skrip filem itu berkemungkinan akan siap ditulis pada bulan Mac. Bagaimanapun, sebarang butiran lanjut mengenai filem itu masih belum didedahkan.

Dalam perkembangan lain, Rao kini sibuk dengan penggambaran filem "Shubh Mangal Zyada Saavdhan", di mana dia akan kembali bergandingan dengan rakan pelakon dari "Badhaai Ho" iaitu Ayushmann Khurrana dan Neena Gupta.

Penggambaran filem telah pun bermula baru-baru ini di Varanasi dan akan dijalankan selama sebulan.

Filem itu merupakan sekuel kepada "Shubh Mangal Saavdhan" 2017 yang turut dibintangi Ayushmann dan akan dirilis pada 13 Mac 2020.

Selain itu, Rao juga akan membuat penampilan 'cameo' sebagai watak Abhay Chopra, menerusi filem "Made In China" yang dibintangi oleh Rajkummar Rao, Boman Irani dan Mouni Roy.

(Sumber foto: Asset Type)
(Sumber artikel: Bollywood Hungama)


Cinema Online, 1 Oktober 2019