ENG | BM
Buletin
Hrithik Roshan bakal jadi peneraju utama "Baiju Bawra"?

Penulis: Nisa Irina

Hrithik Roshan bersetuju untuk bekerja dengan Sanjay Leela Bhansali semula.
Hrithik Roshan bersetuju untuk bekerja dengan Sanjay Leela Bhansali semula.

6 Nov– Selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai filem terbaru Sanjay Leela Bhansali, "Baiju Bawra", kini aktor Hrithik Roshan dilaporkan telah dipilih untuk membintangi filem itu sebagai peneraju utama.

Sebelumnya, aktor Ajay Devgn telah ditawarkan untuk menggalas watak utama penyanyi klasik itu namun dia telah menolaknya atas sebab yang tidak didedahkan.

Laporan dari Bollywood Hungama menyatakan bahawa Hrithik telah pun memberi persetujuan selepas berbincang dengan Sanjay dan kedua-dua mereka akan bekerjasama semula selepas sembilan tahun.

"Tidak ramai yang tahu bahawa Hrithik dan Sanjay telah mengadakan mesyuarat pada beberapa hari lalu. Sanjay menyukai lakonan Hrithik dalam "Super 30" dan "War" dan menghubunginya mengenai filem ini. Hrithik menggemari karya-karya Sanjay dan teruja untuk berlakon filem sejarah sekali lagi. Baru-baru ini Hrithik telah bersetuju untuk membintangi "Baiju Bawra".

"Proses tandatangan perjanjian secara rasmi akan dilakukan dalam beberapa hari lagi bersama dengan pengumumannya sekali," dedah satu sumber terdekat.

"Baiju Bawra" menceritakan kisah penyanyi klasik berbakat dan unik, Baiju Bawra, yang mengalahkan penyanyi lagenda Tansen ketika menyertai pertandingan muzikal yang diadakan di mahkamah Maharaja Mughal Akbar.

Sehubungan dengan itu, Hrithik perlu menjalani beberapa latihan nyanyian khas untuk muzik klasik. Sesi penggambaran akan bermula pada tahun hadapan selepas Sanjay menyiapkan filem "Gangubai Kathiawadi" dan "Krrish 4".

(Sumber foto: India Today)

(Sumber artikel: Bollywood Hungama)


Cinema Online, 6 November 2019