ENG | BM
Buletin
Hrithik Roshan sentiasa belajar dari kegagalan

Penulis: Nisa Irina


Hrithik Roshan bakal tampil dalam filem aksi berjudul "War".

27 Ogos – Aktor Hrithik Roshan mengakui dia telah banyak belajar dari kegagalan dalam cubaan untuk membuktikan dirinya sebagai pelakon versatil.

"Apabila saya melihat semula hidup saya hingga ke hari ini, saya rasa perjalanan saya sudah. Benar, memang ada jatuh bangun tetapi saya banyak belajar dari kesilapan dan kegagalan. Ia yang menjadikan diri saya pada hari ini dan menentukan semua pilihan saya," ujarnya.

Bercakap mengenai pemilihan filem, Hrithik mendedahkan dia menerima tawaran berlakon filem "Super 30" bukanlah atas dasar mesej sosial yang ingin disampaikan dalam filem, sebaliknya adalah kerana skrip yang bagus.

"Sejujurnya, saya menerimanya kerana skrip yang bagus. Ayah saya selalu berkata jika anda ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat, anda perlu menghasilkan dokumentari, bukannya filem.

"Jika anda ingin menghasilkan filem, ianya perlulah menghiburkan. Saya tidak akan sesekali berlakon dalam sesebuah filem kerana ia adalah biopik mengenai seorang lelaki yang hebat. Saya akan melakukan filem yang mempunyai skrip yang menghiburkan," tambahnya lagi.

Menurut laporan dari India Today, Hrithik telah menjayakan filem-filem yang pelbagai genre, antaranya ialah "Fiza", "Kabhi Khushi Kabhie Gham", "Koi Mil Gaya", "Dhoom 2" dan "Zindagi Na Milegi Dobara".

Beralih ke perkembangan lain, Hrithik akan tampil dalam sebuah filem yang padat dengan aksi dimana dia akan digandingkan dengan aktor Tiger Shroff iaitu "War".

Filem arahan Siddharth Anand yang dinanti-nanti ramai itu akan turut ditayangkan dalam versi Tamil dan Telugu. Ia bakal menemui penonton pada 2 Oktober tahun ini.

(Sumber foto: YourStory)
(Sumber artikel: India Today)


Cinema Online, 27 Ogos 2019