ENG | BM
Buletin
Ileana D'Cruz dedah jadi pelakon secara tidak sengaja

Penulis: Ashraf Nasser

Ileana D'Cruz mulakan kerjaya lakonan menerusi filem Telugu dan Tamil terlebih dahulu sebelum beralih ke filem Hindi.
Ileana D'Cruz mulakan kerjaya lakonan menerusi filem Telugu dan Tamil
terlebih dahulu sebelum beralih ke filem Hindi.

23 Okt – Aktres Ileana D'Cruz telah mendedahkan kerjaya lakonannya bukanlah kerja pilihannya sebaliknya ia berlaku secara tidak sengaja.

Ileana berkata demikian ketika ditemubual dalam rancangan "The Love Laugh Live Show" yang mana dia turut berkata minatnya lebih kepada nyanyian dan tidak akan teragak-agak untuk meneruskan impiannya itu sekiranya diberi peluang.

"Saya pilih lakonan sebagai kerjaya secara tidak sengaja. Jika tidak berlakon, rancangan saya adalah untuk menyanyi. Saya mahu jadi penyanyi," ujarnya yang dipetik dari Masala.

Aktres itu memulakan kerjaya lakonanya menerusi filem Telugu berjudul "Devadasu" dan juga membintangi filem Tamil sebelum masuk ke dunia Bollywood menerusi filem "Barfi!".

Sementara itu, Ileana turut mendedahkan tiga pelakon yang dia berasa sangat selesa bekerjasama.

"Saya mempunyai hubungan yang rapat dengan Nargis Fakhri dan kami merupakan rakan baik. Selain Nargis, saya juga selesa bekerja dengan Arshad Warsi dan Varun Dhawan."

(Sumber: Masala)
(Sumber foto: Ileana D'Cruz Instagram)


Cinema Online, 23 Oktober 2019