ENG | BM
Buletin
John Abraham tunda tarikh rilis filem "Pagalpanti"

Penulis: Nisa Irina


John Abraham harap filem "Marjaavaan" bakal mendapat kutipan pecah panggung.

9 Sep – Demi mengelakkan pelanggaran tarikh rilis dengan filem arahan Milap Milan Zaveri, "Marjaavaan", aktor John Abraham telah menunda filem komedi lakonannya iaitu "Pagalpanti".

John, yang tertarik dengan treler "Marjaavaan", berbuat demikian kerana ingin memberi ruang kepada filem itu untuk mendapatkan rilis solo pada 8 November ini.

"Saya telah tunjukkan treler "Marjaavaan" kepada John dan dia rasakan filem saya sangat menarik dan komersial.

"Apabila saya memberitahu keinginan saya untuk rilis filem ini secara solo, dia terus berbincang dengan penerbit Bhushan dan Kumar Mangat, dan mereka setuju untuk menunda "Pagalpanti"," ujar Milap.

Sebelumnya, filem "Marjaavaan" yang dibintangi Sidharth Malhotra, Riteish Deshmukh, Tara Sutaria dan Rakul Preet Singh telah dijadualkan untuk dirilis pada 22 November.

""Marjaavaan" akan mendapat rilis secara solo dan Bhushan telah pun bersetuju dengan saya. Milap adalah seorang penulis yang hebat dan Nikkhil pula mempunyai sifat pentingkan persahabatan yang sangat tinggi.

"Ia sangat penting bagi kami untuk "Marjaavaan" mendapat kutipan pecah panggung selepas ia ditayangkan nanti," kata John menerusi laporan dari Mumbai Mirror.

Menerusi filem "Pagalpanti" yang diarahkan oleh Anees Bazmee, John akan membawa watak Raj, sementara rakan aktornya, Anil Kapoor, akan membawa watak Wifi.

Bagaimanapun, buat masa ini John dan pembikin filem masih belum mengumumkan tarikh rilis baru bagi filem mereka.

(Sumber foto: GQ India)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)


Cinema Online, 9 September 2019