ENG | BM
Buletin
Johan kembali ke pentas teater menerusi "Siti Di Alam Fantasi"

Penulis: Ashraf Nasser


Johan teruja apabila dapat kembali membintangi teater "Siti Di Alam Fantasi"
yang pernah dibintanginya 10 tahun lalu.

6 Nov – Pelakon, pelawak dan penyampai radio popular, Johan bakal kembali beraksi di pentas teater untuk menjayakan pementasan "Siti Di Alam Fantas".

Ini adalah pementasan teater kedua Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz pada tahun ini selepas membintangi teater "Pawana Isabella" yang dipentaskan September lalu.

Teater "Siti Di Alam Fantasi" pernah dipentaskan di Istana Budaya kira-kira 10 tahun lalu yang mana ketika ini Johan bergandingan dengan Ebby Yus dan Liyana Jasmay.


Bagaimanapun kali ini pelakon "Uncel Usin" akan digandingkan dengan Abam Bocey dan Janna Nick

Menurut Johan, dia bersetuju untuk terlibat dengan pementasan drama teater kerana rindu dalam persembahan secara langsung.

"Saya suka membabitkan diri dalam persembahan secara langsung kerana saya sendiri suka menyaksikan acara langsung sejak kecil seperti sarkas.

"Malah, sekarang pun saya suka membawa anak-anak untuk menonton sarkas. Kenapa sarkas? Sebab kalau kita menonton sarkas kita akan dapat lihat sekumpulan manusia yang mempunyai skil pelbagai dan persembahan mereka sangat mengagumkan.

"Ia secara tidak langsung dapat mengajar anak-anak jika kita ada kemahiran dalam hidup, ia boleh dijadikan sumber kewangan bagi menampung hidup," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Teater "Siti Di Alam Fantasi" ini akan dipentaskan buat kali keempat bermula 21 hingga 26 November ini di Panggung Sari.

Ia turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Fizo Omar, Issey Fazlisham, Datin Paduka Umie Aida, Datuk Ziela Jalil, Erma Fatima, Isma Halil dan isteri Johan sendiri iaitu Ozlynn Waty.

(Sumber foto: NST)


Cinema Online, 6 November 2019