ENG | BM
Buletin
Judul filem baru Janhvi Kapoor diubah bagi elak disaman

Penulis: Nisa Irina


Janhvi Kapoor akan digandingkan dengan Rajkummar Rao dalam filem komedi seram ini.

1 Aug – Pada Jun yang lalu, judul filem terbaru lakonan Janhvi Kapoor dan Rajkummar Rao dilaporkan telah diubah dari "Rooh Afza" ke "RoohiAfza" kerana terpalit dengan isu hak cipta.

Keputusan itu dibuat oleh pembikin filem, Dinesh Vijan dan Mrighdeep Singh Lamba, bagi mengelakkan syarikat produksi mereka disaman di bawah akta pelanggaran hak cipta bagi jenama tersebut.

Untuk pengetahuan umum, Rooh Afza merupakan sebuah jenama minuman sirap ros terkenal selama 110 tahun di serata Asia Utara, terutamanya di Pakistan di mana ia dikilangkan.

Minuman herba tersebut turut dikenali sebagai 'The Original Red Drink'.

Seperti yang dilaporkan oleh Masala, Janhvi akan menggalas dua watak iaitu Roohi dan Afza dalam filem debut pengarah Hardik Mehta itu.

Dalam pada itu, sesi penggambaran filem komedi seram tersebut telah pun dimulakan di beberapa lokasi serata India termasuk Manali dan Agra. Jadual penggambaran di Agra baru sahaja selesai baru-baru ini.

"RoohiAfza", yang akan ditayangkan pada 2020, mengisahkan tentang hantu yang memburu pengantin perempuan untuk dirasuk pada malam majlis perkahwinan mereka.

(Sumber artikel: Masala)
(Sumber foto: Janhvi Kapoor Instagram)


Cinema Online, 1 Ogos 2019

Pautan Berkaitan
Radhika Apte jadi perisik British dalam "Liberte: A Call to Spy"
Filem itu merupakan filem Hollywood kedua yang dibintanginya.
Shruti Haasan fokus karier muzik selama setahun
Aktres itu telah berehat dari bidang lakonan dari 2017 hingga 2018.
Varun Dhawan pengsan di set penggambaran
Aktor itu kembali meneruskan latihan selama 18 jam selepas kesihatannya pulih.
Diljit Dosanjh dedah keinginan berlakon filem aksi
Aktor itu kini sibuk mempromosikan filem Hindinya berjudul "Arjun Patiala".
Filem baru Akshay Kumar paling mahal?
Naskhah bersiri itu dikatakan sebagai filem komedi berbajet paling besar di Bollywood.
Parineeti Chopra imbang jadual kerja di London
Aktres itu sedang berlatih bagi filem biopik serta terlibat dengan penggambaran filem lain.
Shilpa Shetty teruja umum judul filem terbarunya
Aktres itu membuat kemunculan semula dalam filem selepas berehat selama 13 tahun.
Priyanka Chopra Jonas ingin bina legasi sendiri
Aktres itu masih belum merancang untuk mempunyai anak dalam masa terdekat.
Taapsee Pannu jadi joki lumba kuda dalam biopik baru
Bagaimanapun skrip filem arahan Shivam Nair tersebut masih dalam pembikinan.
Salman Khan bakal jumpa peminat di Amerika Syarikat
Bintang Bollywood itu ingin berinteraksi dengan lebih mesra dengan peminatnya.
Amitabh Bachchan suka akan penampilan baru dalam "Gulabo Sitabo"
Jurusolek mengambil tempoh dua jam untuk menjayakan solekan itu .
Shah Rukh Khan bakal adaptasi "Money Heist" ke filem Hindi
Berita terbaru ini nyata membuatkan peminat teruja dan tertanya samada dia akan bintanginya.