ENG | BM
Buletin
Kangana Ranaut bakal bergelar penerbit filem

Penulis: Nisa Irina

Kangana Ranaut ingin mula dengan menerbitkan filem berbajet rendah.
Kangana Ranaut ingin mula dengan menerbitkan filem berbajet rendah.

17 Okt – Aktres Kangana Ranaut bakal diangkat sebagai penerbit apabila dia merancang untuk menubuhkan syarikat produksi sendiri pada awal tahun hadapan.

"Pejabat saya akan mula beroperasi pada Januari beserta dengan projek-projek kami. Saya menerima pelbagai skrip yang bagus dan pembikin filem juga inginkan saya untuk menerajuinya.

"Namun begitu, saya rasa terdapat ramai lagi bakat-bakat baru yang harus diperkenalkan dan diberi peluang. Saya rasa penting untuk skrip-skrip itu diangkat ke layar lebar," ujar Kangana yang dipetik dari Firstpost.

Sehubungan dengan itu, Kangana berhasrat untuk menerbitkan filem-filem berbajet rendah terlebih dahulu, memandangkan kini filem sebegitu mampu mencapai kutipan pecah panggung.

Di samping itu, dia juga ingin memberi tumpuan dalam menghasilkan kandungan-kandungan menarik untuk ditayangkan secara eksklusif menerusi platform digital.

Kali terakhir aktres itu dilihat di layar lebar adalah menerusi filem "Judgementall Hai Kya", yang ditayangkan pada 26 Julai, bersama gandingannya Rajkummar Rao.

Dalam perkembangan lain, Kangana akan membintangi filem "Panga" arahan Ashwiny Iyer Tiwari, filem biopik "Thalaivi" serta filem aksi berjudul "Dhaakad".

(Sumber foto: Femina India)
(Sumber artikel: Firstpost)


Cinema Online, 17 Oktober 2019

Pautan Berkaitan
Shahid Kapoor disahkan terajui 'remake' "Jersey"
Filem versi Hindi itu akan diarahkan oleh pengarah asal filem, Gowtam Tinnanuri.
Tulang tangan Farhan Akhtar retak ketika penggambaran "Toofan"
Aktor itu turut berkongsikan imej X-Ray tangannya di laman sosial.
Impian Varun Dhawan berlakon watak tentera tercapai
Aktor itu bakal menerajui filem biopik perang mengenai Leftenan Kedua Arun Khetarpal.
Arjun Kapoor bakal bintangi projek filem terbaru Ronnie Screwvala?
Filem aksi mengenai buaya itu akan difilemkan sepenuhnya di Thailand.
Amitabh Bachchan disahkan hidap penyakit sirosis hati
Aktor veteran itu kini sedang menjalani rawatan di hospital.