ENG | BM
Buletin
Kartik Aaryan bakal bergandingan dengan Alia Bhatt dalam "Gangubhai"

Penulis: Nisa Irina

Kartik Aaryan turut mempunyai beberapa filem besar yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Kartik Aaryan turut mempunyai beberapa filem besar yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

2 Okt – Pelakon Kartik Aaryan dilaporkan bakal bergandingan dengan aktres Alia Bhatt untuk filem terbaru arahan pengarah dan penerbit terkenal Sanjay Leela Bhansali.

Menurut laporan dari Mumbai Mirror, aktor itu dikatakan disahkan akan membintangi filem tersebut selepas dilihat hadir ke pejabat Sanjay bagi membincangkan watak yang akan dibawanya.

Filem itu diangkat dari novel nukilan Hussain Zaidi berjudul "Mafia Queens of Mumbai".

Dalam pada itu, sekiranya semuanya berjalan seperti yang dirancang ia akan menandakan filem "Gangubhai" adalah kolaborasi pertama dengan Kartik dan Alia.

Ini juga merupakan kali pertama kedua-dua bintang terkenal itu berkongsi skrin.

Terdahulu, nama Kartik mula menjadi perhatian dalam industri Bollywood selepas dia membuat debut pada 2011 menerusi filem pecah panggung "Pyaar Ka Punchnama" dan "Sonu Ki Titu Ki Sweety".

Sejak dari itu, namanya terus melonjak naik dan dia telah menandatangani beberapa projek besar besar seperti "Pati, Patni aur Who", "Love Aaj Kal 2", "Bhool Bhulaiya 2" dan "Dostana 2".

(Sumber: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Nation Next)


Cinema Online, 2 Oktober 2019