ENG | BM
Buletin
Berlakon beri keyakinan buat Khai Bahar berhadapan ramai orang

Penulis: Ashraf Nasser

Selain berlakon, Khai Bahar juga menyanyikan lagu runut bunyi untuk drama tersebut.
Selain berlakon, Khai Bahar juga menyanyikan lagu runut bunyi untuk drama tersebut.

7 Nov – Penyanyi popular Khai Bahar yang baru menceburkan diri dalam dunia lakonan berkata kerjaya barunya itu banyak memberi pengalaman dan menambah keyakinannya untuk berhadapan dengan ramai orang.

"Dunia lakonan sangat berbeza. Jika di pentas nyanyian, kita menghiburkan peminat atau pengunjung sebelum pulang.

"Ketika berlakon, kita perlu habiskan banyak masa di lokasi penggambaran. Malah, boleh dikatakan dari pagi hingga malam. Saya jadikan ini sebagai peluang untuk melatih diri termasuk meletakkan keyakinan berhadapan ramai orang," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Dalam pada itu, Khai yang diberi peluang untuk membintangi drama pertamanya berjudul "Satukan Rasa" bersama Siti Nordiana, mengakui berasa sukar ketika kali pertama menjejakkan kaki di lokasi penggambaran.

Banyak perkara yang perlu dilakukannya termasuk membuat penyelidikan dan melihat semuanya dalam skop yang luas.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana pengarah, kru produksi dan barisan pelakon lain banyak membantunya sepanjang penggambaran, sekaligus memberikan pengalaman yang cukup berharga buat dirinya.

Selain berlakon, Khai juga menyanyikan lagu runut bunyi drama tersebut dengan judul sama bersama Nana.

(Sumber foto: Khai Bahar Instagram)


Cinema Online, 7 November 2019