ENG | BM
Buletin
Kriti Sanon bakal bintangi "Satte Pe Satta"?

Penulis: Ashraf Nasser

Kriti Sanon belum lagi memberi sebarang kata putus atau pengesahan mengenai pembabitannya dalam filem 'remake' Satte Pe Satta
Kriti Sanon belum lagi memberi sebarang kata putus atau pengesahan mengenai
pembabitannya dalam filem 'remake' "Satte Pe Satta"

26 Okt–Pelakon Kriti Sanon kini menjadi sebutan ramai apabila dia dikhabarkan bakal membawa watak Ranjeet Kaur dalam filem 'remake' "Satte Pe Satta" yang ditayangkan pada 1982.

Menurut laporan dari Times of India, Kriti dilaporkan telah ditawarkan watak Ranjeet Kaur yang mana filem 'remake' ini akan diarahkan oleh pengarah tersohor Farah Khan.

Bagaimanapun buat masa ini belum ada pengesahan dibuat lagi, malah pengarah baru-baru ini juga memberitahu dia akan mendedahkan butiran lanjut mengenai filem itu pada Diwali ini.

Sekiranya Kriti bersetuju untuk membintangi filem itu ia akan menyaksikan kali pertama Kriti berkongsi skrin dengan Hrithik Roshan dan Anushka Sharma selepas kedua-dua pelakon itu turut dikhabarkan akan membintangi filem itu.

Dalam perkembangan lain, Kriti bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "Housefull 4" dan juga filem "Panipat" bersama Arjun Kapoor dan Sanjay Dutt.

(Sumber: Times of India & Masala)

(Sumber foto: imdb)


Cinema Online, 26 Oktober 2019

Pautan Berkaitan
Emraan Hashmi senang bekerja dengan Amitabh Bachchan
Kedua-dua aktor itu menggalas watak utama dalam filem baru "Chehre".
Ayushmann Khurrana ingin terokai watak gelap
Aktor dan pembikin filem itu merupakan rakan pengarah Sanjay Gupta.
Amitabh Bachchan disahkan hidap penyakit sirosis hati
Aktor veteran itu kini sedang menjalani rawatan di hospital.
Priyanka Chopra lebih selesa berlakon filem yang mencabar
Aktres itu turut mendedahkan dia bakal terlibat dengan tujuh buah projek baru tahun hadapan.
Nawazuddin Siddiqui ingin hentikan stereotaip hero romantik
Aktor itu ingin memfokuskan lakonannya terhadap genre komedi romantik.
Parineeti Chopra teruja untuk melawat kediaman Saina Nehwal
Aktres itu ingin mendalami kehidupan atlet tersebut sebagai persiapan filem biopiknya.
Sunny Leone ulas isu plagiarisme karya seni
Aktres itu dituduh menciplak hasil karya lukisan untuk dijual bagi mengumpul dana program amal.
Tiger Shroff bakal tubuhkan gim MMA kedua
Perkara itu akan direalisasikan bersama adiknya Krishna Shroff.
Kriti Sanon mula penggambaran filem baru "Mimi"
Aktres itu teruja dapat merasai pengalaman berlakon sebagai seorang ibu tumpang.