ENG | BM
Buletin
Lakshya buat debut lakonan dalam "Dostana 2"

Penulis: Nisa Irina


Lakshya adalah pelakon baru yang diperkenalkan oleh Karan Johar
di bawah Dharma Productions.

8 Sep – Penantian untuk mengetahui siapa yang bakal diangkat sebagai peneraju utama ketiga bagi filem "Dostana 2" berakhir apabila pembikin filem Karan Johar memperkenalkan aktor baru, Lakshya.

Karan yang dikenali dengan gelaran KJo, telah mengumumkan berita baik itu menerusi entri yang dimuat naik di laman Twitter dan Instagram miliknya.

"Saya berasa gembira dan teruja untuk memperkenalkan aktor baru di Dharma! Lakshya akan membuat debutnya bersama kami dalam "Dostana 2".

"Dari sini kami berharap untuk memulakan sebuah perjalanan sinematik yang kukuh bersama-sama!" ujar Karan menerusi laporan yang dipetik dari Firstpost.

Lakshya kini mempunyai empat buah kontrak filem yang ditandatangani di bawah syarikat Dharma Productions selepas selesai menjalani beberapa proses pemilihan termasuk sesi uji bakat dan sesi bergambar.

Sebelumnya, peminat telah sedia maklum dengan dua orang peneraju utama filem sekuel "Dostana" 2008 itu, iaitu aktor Kartik Aaryan dan aktres Janhvi Kapoor.

"Dostana 2" menandakan filem dan lakonan debut buat Lakshya serta gandingan pertama Kartik dan Janhvi di skrin lebar. Bagaimanapun mereka tidak digandingkan sebagai pasangan kekasih, sebaliknya sebagai adik beradik.

Terdapat spekulasi sebelum ini yang menyatakan Rajkummar Rao bakal memegang watak peneraju utama ketiga, namun kali ini Karan dilihat ingin memberi peluang itu kepada bakat-bakat baru.

Filem pertama yang dilakonkan oleh Priyanka Chopra, Abhishek Bachchan dan John Abraham, filem kedua diarahakan oleh Tarun Mansukhani sementara filem kedua akan menampilkan pengarah Collin Dcunha.

(Sumber foto: Lakshya Instagram)
(Sumber artikel: Firstpost)


Cinema Online, 8 September 2019

Pautan Berkaitan
Pembikin filem "Saaho" dituduh ciplak karya pengarah Perancis
Ini adalah kali kedua filem arahan pengarah itu dibikin semula tanpa pengetahuannya.
Shraddha Kapoor galas dua watak dalam "Chhichhore"
Aktres itu turut berkata dia tidak menganggap penampilan perkara yang paling penting.
Kriti Sanon pertama kali galas watak protagonis dalam "Mimi"
Filem arahan Laxman Utekar itu mengetengahkan kisah mengenai ibu tumpang.
Sanjay dan Maanayata Dutt kian selesa bekerja sebagai penerbit
Pasangan itu telah menerbitkan sebuah 'remake' filem Telugu berjudul "Prasthanam".
Filem baru Bhumi Pednekar bakal ditayang di FFAB ke-24
Aktres itu teruja mengumumkan berita baik tersebut di laman sosial miliknya baru-baru ini.
Nushrat Bharucha pernah ditolak lakon watak utama filem Hollywood
Aktres itu tidak berpeluang melakonkan watak tersebut kerana penampilannya.
Aamir Khan akhirnya setuju bintangi filem "Mogul"
Aktor itu turut mendedahkan mengapa dia mengubah fikiran untuk membuat keputusan tersebut.
Jaideep Ahlawat dipilih jadi antagonis filem "Khaali Peeli"
Aktor itu turut meluahkan rasa teruja untuk bekerjasama dengan peneraju utama filem.
Kirti Kulhari cabar diri keluar dari zon selesa
Aktres itu tidak mahu sering membawa watak yang sama dalam lakonannya.