ENG | BM
Buletin
Elizabeth Tan mohon maaf kepada peminat Taylor Swift

Penulis: Ashraf Nasser

Elizabeth Tan akui kesilapan dan mohon maaf kepada peminat Taylor Swift.
Elizabeth Tan akui kesilapan dan mohon maaf kepada peminat Taylor Swift.

1 Okt – Pelakon dan penyanyi popular Elizabeth Tan tampil membuat permohonan maaf kepada peminat penyanyi terkenl antarabangsa Taylor Swift baru-baru ini.

Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy membuat permohonan maaf apabila dikecam teruk oleh peminat Swift selepas mengeluarkan kenyataan salah tentang penyanyi antarabangsa itu ketika dalam satu temubual Mamak Session Podcast.

Dalam temubual itu, pelakon "Misteri Dilaila" mengatakan Swift tidak mencipta sendiri lagu-lagunya sebaliknya dicipta oleh individu lain.

"Saya mohon maaf atas setiap kenyataan yang saya keluarkan ketika temubual itu berlangsung.

"Niat saya cuma mahu menghargai insan-insan berbakat yang terlibat dalam industri. Taylor Swift seorang yang berbakat dan tiada apa dapat mengubahnya," ujarnya yang dipetik dari Kosmo!

Kenyataan itu telah mencetuskan kemarahan peminat Swift yang mengecam dan menyelar Lizzy kerana tidak membuat sebarang kajian sebelum mengeluarkan kenyataan.

Dalam perkembangan lain, Lizzy bakal muncul dengan beberapa buah filem terbarunya tidak lama lagi antaranya "Escape", "Sekolahaha" dan "Abang Long Fadil 3".

(Sumber foto: Elizabeth Tan Instagram)


Cinema Online, 1 Oktober 2019

Filem Berkaitan
Pautan Berkaitan
Elizabeth Tan berhijab dalam drama terbaru lakonannya
Pelakon dan penyanyi itu teruja apabila menjayakan watak sebagai seorang mualaf dalam drama terbarunya.
Elizabeth Tan mahu fokus pada bidang lakonan
Pelakon dan penyanyi itu berkata demikian kerana minatnya terhadap dunia lakonan semakin mendalam.
Elizabeth Tan akui drama terbarunya kurang sambutan
Dia tidak kecewa dengan keadaan itu kerana dia juga akui tidak selesa bawa watak dalam drama itu.