ENG | BM
Buletin
Mouni Roy tak sasar kutipan pecah panggung

Penulis: Nisa Irina

 Mouni Roy berasa bertuah dapat bekerja dengan aktor-aktor terkenal Bollywood.
Mouni Roy berasa bertuah dapat bekerja dengan aktor-aktor terkenal Bollywood.

17 Oct – Aktres televisyen Mouni Roy memberitahu dia tidak meletakkan jangkaan tinggi dan kutipan pecah panggung bagi setiap filem lakonannya dan hanya memfokuskan peranannya untuk menjayakan sesebuah naskhah.

"Saya tidak terlalu berpegang kepada jangkaan yang tinggi bagi filem-filem saya. Kerja saya adalah untuk berlakon, dan ini merupakan tahun pertama saya.

"Bagi meneruskannya, saya perlu memberi tumpuan atas hasil kerja saya dan tidak memikirkan soal kutipan pecah panggung," katanya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Sebelumnya, Mouni pernah bekerjasama dengan aktor Akshay Kumar menerusi filem "Gold", John Abraham dalam "Romeo Akbar Walter" dan terbaru, dia bakal membintangi filem komedi berjudul "Made In China" bersama Rajkummar Rao.

Menurut Mouni, dia berasa bertuah kerana berpeluang untuk bekerja dengan aktor-aktor tersebut, sekaligus membolehkannya untuk mempelajari perkara baharu dalam bidang lakonan. "Banyak yang saya pelajari dari mereka. Saya memerhati cara mereka bekerja dan mendapat tahu mengapa mereka berjaya hingga ke tahap yang mereka ada sekarang," tambahnya lagi.

Selain itu, Mouni turut mengakui pada awalnya dia berasa sedikit gementar untuk bekerja dengan Rajkummar, namun menyedari perkara itu dapat membantunya memperbaiki kelemahan diri.

"Made In China" menampilkan Mouni sebagai watak Rukmini Mehta, isteri kepada seorang ahli perniagaan Gujarati bernama Raghuvir Mehta (Rajkummar) yang ingin mengembangkan perniagaannya di China.

Filem arahan Mikhil Musale itu bakal ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober ini bersempena dengan perayaan Deepavali.

(Sumber foto: The Rahnuma)

(Sumber artikel: Mumbai Mirror)


Cinema Online, 17 Oktober 2019

Pautan Berkaitan
Shahid Kapoor disahkan terajui 'remake' "Jersey"
Filem versi Hindi itu akan diarahkan oleh pengarah asal filem, Gowtam Tinnanuri.
Tulang tangan Farhan Akhtar retak ketika penggambaran "Toofan"
Aktor itu turut berkongsikan imej X-Ray tangannya di laman sosial.
Impian Varun Dhawan berlakon watak tentera tercapai
Aktor itu bakal menerajui filem biopik perang mengenai Leftenan Kedua Arun Khetarpal.
Arjun Kapoor bakal bintangi projek filem terbaru Ronnie Screwvala?
Filem aksi mengenai buaya itu akan difilemkan sepenuhnya di Thailand.
Amitabh Bachchan disahkan hidap penyakit sirosis hati
Aktor veteran itu kini sedang menjalani rawatan di hospital.