ENG | BM
Buletin
Naim Daniel nafi digam stesen TV

Penulis: Ashraf Nasser

Naim Daniel kini sibuk mempromosikan single terbarunya.
Naim Daniel kini sibuk mempromosikan single terbarunya.

30 Sep – Pelakon dan penyanyi popular Naim Daniel sangkal dakwaan kononnya dia kini digam oleh sebuah stesen televisyen selepas menolak tawaran untuk sertai program realiti secara biadap baru-baru ini.

Menurut Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, dia mengakui terkejut dengan perkara tersebut tetapi tidak menafikan dia menolak tawaran itu namun ia dilakukan secara baik dan bukan biadap seperti yang didakwa.

"Setakat ini saya tidak pernah berdepan sebarang masalah dengan mana-mana stesen penyiaran. Isu kena gam itu juga tidak benar sama sekali. Ia hanya khabar angin. Seboleh mungkin, saya cuba menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak.

"Berhubung tawaran menyertai program terbabit, saya tidak dapat menjayakannya kerana jadual kerja yang tak mengizinkan. Setiap hari, ada sahaja undangan persembahan perlu dipenuhi," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Menurut pelakon berusia 22 tahun itu lagi, dia akui ia bagus untuk mempromosikan dirinya tetapi dia tidak dapat menjayakannya kerana jadual kerjanya yang padat.

Dalam pada itu, Naim berkata dia tidak terjejas langsung namanya terpalit dengan perkara itu.

Terdahulu nama Naim mula melonjak naik selepas membintangi drama "Pia" dengan membawa watak Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memberi impak kepada penonton.

Selain berlakon, Naim juga aktif dengan kerjaya nyanyian dan baru sahaja melancarkan single terbarunya "Adakah Engkau Menungguku".

(Sumber foto: mStar)


Cinema Online, 30 September 2019