ENG | BM
Buletin
Parineeti Chopra imbang jadual kerja di London

Penulis: Nisa Irina


Parineeti Chopra tidak mahu berhenti berlatih badminton walaupun
terlibat dengan penggambaran filem lain.

3 Ogos – Walaupun jadual kerja dilihat agak padat akhir-akhir ini, namun perkara itu tidak menjadi masalah buat aktres Parineeti Chopra memandangkan dia bijak mengimbangi jadual kerjanya.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Parineeti sedang giat berlatih meningkatkan kemahirannya dalam sukan badminton sebagai persiapan bagi filem biopik mengenai atlet Saina Nehwal.

Menerusi biopik itu, Parineeti akan digandingkan dengan jurulatihnya sendiri, Eshan Naqvi. Dia menjalani latihan bermula enam hingga lapan pagi setiap hari.

Menurut laporan dari Mumbai Mirror, Parineeti dijangka akan berlepas ke United Kingdom pada awal bulan Ogos untuk memulakan penggambaran 'remake' filem "The Girl on the Train" dalam versi Hindi.

Satu sumber terdekat memberitahu bahawa Parineeti akan menjalani penggambaran di London selama 40 hari bagi 'remake' filem arahan Ribhu Dasgupta tersebut.

"Memandangkan penggambaran biopik "Saina" dijangka bermula pada hujung September atau awal Oktober, dia tidak mahu berhenti berlatih.

"Sejurus semua jadual mula perlahan sedikit, Ehsan akan berlepas ke London dan Parineeti akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya dua jam untuk berlatih," tambah sumber itu lagi.

Parineeti nekad untuk menjadi pemain badminton yang baik seperti Saina serta berasa teruja diberi peluang untuk berlakon dalam filem arahan Amole Gupte itu.

Kedua-dua filem "Saina" dan "The Girl on the Train" versi Hindi akan ditayangkan pada 2020 namun sebarang butiran mengenai tarikh rilis rasmi masih belum diumumkan.

(Sumber artikel: Mumbai Mirrror)

(Sumber foto: Cosmopolitan)


Cinema Online, 3 Ogos 2019

Pautan Berkaitan
Judul filem baru Janhvi Kapoor diubah bagi elak disaman
Sebelum ini, judul filem itu dilaporkan sama seperti sebuah jenama minuman di Pakistan.
Radhika Apte jadi perisik British dalam "Liberte: A Call to Spy"
Filem itu merupakan filem Hollywood kedua yang dibintanginya.
Shruti Haasan fokus karier muzik selama setahun
Aktres itu telah berehat dari bidang lakonan dari 2017 hingga 2018.
Isabelle Kaif bakal bintangi filem debut berjudul "Kwatha"
Aktres itu akan digandingkan bersama Aayush Sharma dalam filem perang tersebut.
Watak pewira negara tarik perhatian John Abraham
Aktor itu dipilih untuk menerajui filem adaptasi kisah benar "Batla House".
Deepika Padukone tidak kisah kongsi pengalaman alami tekanan
Aktres itu akui dia berasa lebih lega selepas menceritakan pengalamannya.
Rajkummar Rao akui sentiasa bersikap selektif
Aktor itu tidak mahu terikat dengan terlalu banyak projek filem dalam satu masa.