ENG | BM
Buletin
Parineeti Chopra teruja untuk melawat kediaman Saina Nehwal

Penulis: Nisa Irina

Parineeti Chopra ingin rasai sendiri cara hidup atlet badminton Saina Nehwal.
Parineeti Chopra ingin rasai sendiri cara hidup atlet badminton Saina Nehwal.

30 Okt – Jadual aktres Parineeti Chopra dilihat padat baru-baru ini memandangkan dia bertungkus lumus berlatih sukan badminton sebagai persiapan bagi filem biopik terbarunya mengenai atlet Saina Nehwal.

Laporan daripada New Indian Express menyatakan Parineeti bakal melawat kediaman milik Saina di Hyderabad buat kali pertama bagi melihat sendiri bagaimana kehidupan harian atlet tersebut.

Sebelum ini, mereka berdua sering bertemu dan Parineeti turut diberi nasihat dan mengambil inspirasi daripada jaguh badminton India terkenal itu.

"Saya ingin menjadi Saina dan untuk itu saya akan ke rumahnya dan melihat cara hidupnya. Kami sudah berjumpa beberapa kali tetapi kali ini saya akan ikuti cara hidup dan pemakanannya selama sehari.

"Saina juga ada berjanji kepada saya yang mana ibunya akan menyajikan makanan sama seperti yang dia makan. Saya sangat teruja untuk pergi ke rumahnya dan jalani kehidupan seharian sepertinya sepanjang hari," katanya.

Sesi penggambaran telah pun berlangsung setelah Parineeti selesai menjalani latihan selama dua bulan. Filem biopik itu merupakan arahan Amole Gupta dan diterbitkan oleh Bhushan Kumar dan Krishan Kumar.

Sepupu Parineeti, Priyanka Chopra, juga pernah membintangi biopik seorang ahli tinju iaitu Mary Kom. Selain itu, aktor Ranveer Singh telah meluangkan masa bersama atlet kriket Kapil Dev sebagai persiapan wataknya dalam filem "'83".

(Sumber foto: Superstars Bio)
(Sumber artikel: New Indian Express)


Cinema Online, 30 Oktober 2019

Pautan Berkaitan
Radhika Apte bakal arah filem sulungnya "Sleepwalkers"
Aktres itu melebarkan sayap kerjaya seninya dengan menceburi dunia pengarahan filem pula.
Kriti Sanon bakal bintangi "Satte Pe Satta"?
Pelakon itu dikhabarkan bakal bintangi 'remake' filem "Satte Pe Satta" pada tahun 1992.
Salman Khan nafi "Radhe" adalah sekuel "Wanted"
Bintang terkenal itu tampil menjawab spekulasi mengenai filem "Radhe" yang hangat diperkatakan ramai.
Filem Saif Ali Khan "Jawaani Jaaneman" ditunda ke tahun 2020
Aktor itu juga bakal terlibat dengan penggambaran video lagu promosi filem tersebut.
Shah Rukh Khan bakal buat 'cameo' dalam "Brahmastra"
Bintang terkenal itu akan menjalani penggambaran filem pada hujung tahun ini.
Amitabh Bachchan terpaksa berehat seketika demi kesihatannya
Bintang veteran itu turut membatalkan penampilannya di sebuah pesta buku.