ENG | BM
Buletin
Pashmina Roshan ikut jejak langkah sepupu ke dunia Bollywood

Penulis: Nisa Irina

Pashmina Roshan telah membuat debut di pentas teater pada Mac lalu.
Pashmina Roshan telah membuat debut di pentas teater pada Mac lalu.

6 Nov– Jika Hrithik Roshan membuat debut ke dunia Bollywood kira-kira dua dekad lalu, kini sepupunya Pashmina Roshan bakal mengikut jejak langkah yang sama dalam industri tersebut.

Sehubungan dengan itu, Pashmina kini sedang giat menjalani latihan berlakon bersama Hrithik sebagai persiapan sebelum tampil di layar lebar pada tahun hadapan.

Pashmina merupakan anak kepada komposer muzik Rajesh Roshan. Seperti yang dilaporkan, dia kini terlibat dengan proses perbincangan bersama beberapa syarikat produksi ternama.

Menurut bapa Hrithik, Rakesh Roshan, Pashmina akan diambil berlakon di bawah dua syarikat produksi terkenal pada tahun hadapan.

Tambah Rakesh lagi, dia juga bercadang untuk mengambil Pashmina berlakon selepas dirinya beransur pulih. Rakesh telah disahkan menghidap kanser pada awal Januari lalu.

"Pashmina mempunyai latar belakang pementasan teater yang kuat dan telah menjalani kursus selama enam bulan di sekolah lakonan Barry John di Mumbai.

"Dia juga pernah berlatih bersama aktor teater Abhishek Pandey, pemenang Anugerah Akademi Sahitya Natak iaitu Nadira Babbar serta penulis skrip teater Jeff Goldberg," dedah satu sumber terdekat yang dipetik dari NDTV.

Pada Mac lalu, Pashmina telah membuat debut di pentas teater sebagai protagonis menerusi pementasan "The Importance of Being Earnest" oleh Oscar Wilde yang diadaptasikan dalam versi India.

Hrithik, yang kali terakhir dilihat menerusi filem "War", dikatakan teruja menantikan persembahan daripada sepupunya yang digelar 'the prettiest Roshan' itu.

(Sumber foto: Pashmina Roshan Instagram)

(Sumber artikel: NDTV)


Cinema Online, 6 November 2019

Pautan Berkaitan
Shah Rukh Khan bakal buat 'cameo' dalam "Brahmastra"
Bintang terkenal itu akan menjalani penggambaran filem pada hujung tahun ini.
Filem Saif Ali Khan "Jawaani Jaaneman" ditunda ke tahun 2020
Aktor itu juga bakal terlibat dengan penggambaran video lagu promosi filem tersebut.
Kriti Sanon mula penggambaran filem baru "Mimi"
Aktres itu teruja dapat merasai pengalaman berlakon sebagai seorang ibu tumpang.
Radhika Apte dedah terima panggilan uji bakat untuk dua filem Hollywood
Aktres itu dapat panggilan uji bakat untuk filem "James Bond" & "Star Wars".
Pembikin filem "Bala" & "Ujda Chaman" henti berbalah soal tarikh tayangan
Mereka membuat keputusan untuk mengubah tarikh rilis filem masing-masing
Ajay Devgn rancang terbit biopik Ramsay Brothers
Pelakon itu sedang menerbitkan filem itu dengan kerjasama Priti Sinha dan Ritesh Shah.
John Abraham hadapi kekangan terbit filem mengetengahkan wanita
Aktor itu sedang menghasilkan dua buah siri web yang diinspirasi dari novel.
Bhumi Pednekar tak kisah lakonannya dikritik
Aktres itu berkata orang ramai boleh kritik persembahannya tetapi bukan pilihan wataknya.