ENG | BM
Buletin
Priyanka Chopra Jonas ingin bina legasi sendiri

Penulis: Nisa Irina


Priyanka Chopra dan Nick Jonas ingin menikmati kehidupan selepas berkahwin
sebelum mempunyai anak.

4 Ogos – Pada Jun lalu, bintang Bollywood Priyanka Chopra Jonas pernah meluahkan keinginan untuk mempunyai anak bersama suaminya, Nick Jonas menerusi sebuah kenyataan media.

Bagaimanapun, perancangan tersebut bukanlah untuk tempoh yang terdekat memandangkan aktres itu mahu memberi fokus terhadap karier seninya.

"Saya ingin mengubah dunia. Impian terbesar saya adalah untuk membina sebuah karier yang kukuh serta membina legasi untuk diri saya sendiri, tetapi dalam masa yang sama, saya ingin membuat perubahan terhadap sesuatu.

"Saya ingin kewujudan saya ini lebih bermakna dan anak-anak saya nanti berasa bangga mempunyai seorang ibu yang berjaya dalam hidup mereka," luah Priyanka menerusi laporan dari Hindustan Times.

Priyanka dan Nick dilihat sentiasa meluangkan masa bersama untuk bercuti serta menikmati kehidupan selepas berkahwin selain bekerja namun jika dikurniakan cahaya mata, mereka akan menerimanya dengan terbuka.

Baru-baru ini, Priyanka telah memuat naik foto majlis sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang diadakan di Miami. Majlis tersebut turut dihadiri oleh ibu Madhu Chopra, sepupu Parineeti Chopra serta beberapa orang rakannya.

Dalam perkembangan baru, Priyanka akan mula mempromosikan filem Bollywood dibintanginya iaitu "The Sky Pink" yang akan ditayangkan pada 11 Oktober.

Selain itu, dia juga telah menandatangani sebuah projek filem komedi Hollywood bersama Mindy Kaling di mana sesi penggambarannya akan dijalankan di India dan luar negara.

(Sumber artikel: Hindustan Times)
(Sumber foto: Priyanka Chopra Instagram)


Cinema Online, 4 Ogos 2019

Pautan Berkaitan
Sanjay Dutt sahkan bakal bintangi filem "K.G.F: Chapter 2"
Aktor itu akan menjayakan watak anti-hero dalam filem aksi sejarah tersebut.
Sonakshi Sinha bakal rilis album sulungnya
Aktres itu turut bercadang untuk mengadakan sebuah pameran seni lukis.
Judul filem baru Janhvi Kapoor diubah bagi elak disaman
Sebelum ini, judul filem itu dilaporkan sama seperti sebuah jenama minuman di Pakistan.
Isabelle Kaif bakal bintangi filem debut berjudul "Kwatha"
Aktres itu akan digandingkan bersama Aayush Sharma dalam filem perang tersebut.
Watak pewira negara tarik perhatian John Abraham
Aktor itu dipilih untuk menerajui filem adaptasi kisah benar "Batla House".
Deepika Padukone tidak kisah kongsi pengalaman alami tekanan
Aktres itu akui dia berasa lebih lega selepas menceritakan pengalamannya.
Rajkummar Rao akui sentiasa bersikap selektif
Aktor itu tidak mahu terikat dengan terlalu banyak projek filem dalam satu masa.