ENG | BM
Buletin
Pengarah "Pati Patni Aur Woh" jelaskan 'remake' berbeza dari filem asal

Penulis: Nisa Irina

"Pati Patni Aur Who" dibintangi oleh Kartik Aaryan, Bhumi Pednekar dan Ananya Panday.
"Pati Patni Aur Woh" dibintangi oleh Kartik Aaryan, Bhumi Pednekar dan Ananya Panday.

18 Okt – Selepas melancarkan poster pertama 'remake' filem "Pati Patni Aur Woh", pengarah Mudassar Aziz menyatakan filem itu berbeza dari filem asal yang ditayangkan pada tahun 1978.

"Hubungan percintaan zaman moden adalah berdasarkan sistem yang berbeza. Justeru, kami mengubah konsep itu dan menulis semula jalan ceritanya.

"Filem kami tidak sama langsung dengan filem asal melainkan judul dan ringkasan ceritanya. Ia juga merupakan sebuah 'tribute' kepada BR Chopra (pengarah dan penerbit filem asal).

"Filem ini menceritakan bagaimana seseorang individu memilih jalan hidup yang salah, dengan cara yang menyentuh hati," ujarnya yang dipetik dari laporan Koimoi.

Tambah pengarah itu lagi, mereka turut menghasilkan sebuah watak baru bagi Kartik Aaryan, Bhumi Pednekar dan Ananya Panday, yang merupakan peneraju utama filem tersebut.

Filem asal menampilkan barisan pelakon Sanjeev Kumar, Vidya Sinha dan Ranjeeta Kaur berkisar mengenai watak Ranjeet Chhadha yang menyukai setiausahanya walaupun dia sudah berkahwin.

"Pati Patni Aur Woh" akan diterbitkan oleh Bhushan Kumar di bawah syarikat produksi T-Series bersama Abhay dan Juno Chopra dari BR Studios.

Filem bergenre komedi romantik itu bakal ditayangkan di pawagam pada 6 Disember depan.

(Sumber foto: Hindustan Times)
(Sumber artikel: Koimoi)


Cinema Online, 18 Oktober 2019

Pautan Berkaitan
Shah Rukh Khan bakal berkolaborasi dengan pengarah Atlee?
Projek filem Masala terbaru itu dilaporkan akan bermula pada Disember ini.
Bhumi Pednekar mahirkan dialek Haryanvi demi "Saand Ki Aankh"
Aktres itu turut mendapatkan bantuan daripada ibunya semasa menjalani latihan.
Janhvi Kapoor ingin lihat lebih banyak filem watak gelap wanita
Aktres itu turut mendedahkan pengalaman manisnya sebagai selebriti Bollywood.
Ayushmann Khurrana ingin terokai watak gelap
Aktor dan pembikin filem itu merupakan rakan pengarah Sanjay Gupta.
Emraan Hashmi senang bekerja dengan Amitabh Bachchan
Kedua-dua aktor itu menggalas watak utama dalam filem baru "Chehre".
Ileana D'Cruz dedah jadi pelakon secara tidak sengaja
Setelah sekian lama aktres itu akhirnya buka cerita itu ketika di rancangan "The Love Laugh Live Show".
Dia Mirza teruja dapat kembali bekerja dengan Anubhav Sinha
Aktres itu pernah membintangi dua buah filem yang diarahkan oleh pengarah tersebut.
Priyanka dan Parineeti Chopra alih suara "Frozen 2" Hindi
Kedua-dua aktres itu akhirnya berpeluang untuk bekerjasama dalam projek filem.
Pooja Hegde dedah sebab mengapa bersikap selektif
Aktres itu memilih untuk membintangi filem komedi "Housefull 4".