ENG | BM
Buletin
Pooja Hegde dedah sebab mengapa bersikap selektif

Penulis: Nisa Irina

Pooja Hegde ingin cabar diri berlakon filem komedi.
Pooja Hegde ingin cabar diri berlakon filem komedi.

24 Okt – Selepas tiga tahun berehat dari dunia Bollywood, kini aktres Pooja Hegde kembali dengan filem Hindi keduanya selepas "Mohenjo Daro" iaitu "Housefull 4".

Menurut Pooja, dia kini memilih untuk bersikap selektif dalam menerima tawaran filem kerana inginkan filem keduanya memberi impak besar serta mencari filem yang memberi kepuasan dan keseronokan kepadanya.

"Selepas "Mohenjo Daro", saya telah ditawarkan pelbagai filem namun saya menolaknya dan pengurus saya mengatakan saya terlalu memilih.

"Hakikatnya, saya sudah berjaya dengan filem-filem di Selatan dan ia memberi saya peluang untuk memilih filem Hindi yang sesuai. Filem pertama umpama rakaman uji bakat kepada seluruh dunia.

"Jika filem pertama tidak berjaya, jadi filem kedua itu lebih penting. Jadi saya mengambil masa sehingga menerima filem "Housefull 4". Ia satu penantian yang berbaloi," katanya yang dipetik dari Times of India.

Selain itu, Pooja turut mendedahkan antara sebab dia memilih filem tersebut adalah kerana bapanya menggemari filem komedi dan dia tidak pernah melibatkan diri dalam genre komedi.

Aktres berusia 29 tahun itu berpendapat jika seseorang pelakon mampu menjayakan genre komedi, maka dia akan mampu melakukan apa sahaja dalam kerjayanya.

Sebagai persiapan wataknya, Pooja perlu mempelajari seni bela diri dan bermain gitar. Dia menganggap perkara itu sebagai satu cabaran untuk memperkembangkan kariernya sebagai seorang pelakon.

"Housefull 4" diarahkan oleh Farhad Samji di bawah terbitan Sajid Nadiadwala. Ia turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Akshay Kumar, Riteish Deshmukh, Bobby Deol, Kriti Sanon dan Kriti Kharbanda.

Filem keempat dari francais "Housefull" itu akan ditayangkan bermula 25 Oktober ini.

(Sumber foto: Bollywood Hungama)
(Sumber artikel: Times of India)


Cinema Online, 24 Oktober 2019

Pautan Berkaitan
Arjun Kapoor bakal bintangi projek filem terbaru Ronnie Screwvala?
Filem aksi mengenai buaya itu akan difilemkan sepenuhnya di Thailand.
Disha Patani bakal menerajui filem komedi terbitan Ekta Kapoor
Aktres itu akan menggalas watak seorang gadis Punjabi.
Pengarah "Pati Patni Aur Woh" jelaskan 'remake' berbeza dari filem asal
Pengarah itu turut menghasilkan watak-watak baru bagi peneraju utama.
Radhika Apte bakal arah filem sulungnya "Sleepwalkers"
Aktres itu melebarkan sayap kerjaya seninya dengan menceburi dunia pengarahan filem pula.