ENG | BM
Buletin
Prerna Arora akan kembali terbitkan filem

Penulis: Nisa Irina

Prerna Arora akui sudah belajar dari segala kesilapannya.
Prerna Arora akui sudah belajar dari segala kesilapannya.

27 Sep – Penerbit filem "Padman", Prerna Arora memberitahu bahawa dia akan kembali menerbitkan lebih banyak filem selepas keluar dari penjara baru-baru ini.

Prerna dibebaskan pada 16 September di bawah ikat jamin selepas lapan bulan dipenjarakan kerana didakwa atas tuduhan memfitnah penerbit Vashu Bhagnani.

Bagaimanapun, dia merahsiakan perkara itu buat seketika waktu atas sebab-sebab tertentu. Selepas dibebaskan, dia banyak meluangkan masa di kuil serta meminta maaf kepada pihak yang pernah dikecewakannya.

"Saya tidak menyimpan perasaan dendam terhadap Vashu. Ia merupakan salah satu di antara kesilapan besar yang telah saya lakukan. Jika saya mempunyai mentor di sekeliling saya, pasti perkara begini tidak akan terjadi.

"Namun kini saya sudah kembali dan akan meneruskan untuk menerbitkan lebih banyak filem. Mungkin saya memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan ketenangan tetapi saya tak akan kemana-mana.

"Saya dah mengambil iktibar mengenai nilai wang dan masa. Saya dah berubah dalam banyak cara. Sebarang perkembangan saya akan umumkan kelak dalam masa yang sesuai," katanya yang dipetik dari Koimoi.

(Sumber foto: Magzter)
(Sumber artikel: Koimoi)


Cinema Online, 27 September 2019