ENG | BM
Buletin
Priyanka Chopra dituduh hipokrit

Penulis: Nisa Irina


Priyanka Chopra menyifatkan dirinya sebagai seorang yang patriotik dan benci akan peperangan.

14 Ogos – Priyanka Chopra telah mencetuskan kontroversi apabila dia digelar sebagai hipokrit oleh seorang penonton ketika berada di sebuah acara kosmetik BeautyCon di Los Angeles pada Sabtu.

Wanita yang memperkenalkan diri sebagai Ayesha Malik itu menuduh Priyanka menggalakkan perang nuklear terhadap Pakistan menerusi status yang dimuat naik di laman Twitter oleh aktres tersebut pada 26 Februari.

Pada Februari, India mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan serangan udara ke Pakistan dan mensasarkan sebuah kem pengganas sebelum Pakistan memberi serangan balas.

"Agak sukar untuk saya mendengar anda bercakap mengenai hal kemanusiaan kerana sebagai orang Pakistan, saya tahu anda sedikit hipokrit.

"Awak adalah duta keamanan UNICEF tetapi anda menggalakkan peperangan terhadap Pakistan sedangkan berjuta orang macam saya sentiasa menyokong awak dalam karier Bollywood," kata Ayesha sebelum mikrofonnya dirampas oleh pengawal keselamatan.

Menurut laporan dari Mumbai Mirror, Priyanka membalas tuduhan itu dengan mengatakan dia mempunyai ramai kenalan dari Pakistan dan tidak gemarkan peperangan namun menyifatkan dirinya sebagai seorang yang patriotik.

"Jadi saya minta maaf jika saya ada menyakiti sentimen orang-orang yang menyayangi saya, tetapi saya rasa kita semua mempunyai pendapat tersendiri, sama seperti awak juga," balasnya menerusi sesi soal jawab acara itu.

Isu itu mula mendapat perhatian dari warganet di mana rata-rata daripada mereka menyokong pernyataan Priyanka sementara yang selebihnya mengkritik aktres tersebut.

(Sumber artikel: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Biz Asia)


Cinema Online, 14 Ogos 2019

Pautan Berkaitan
Taapsee Pannu bakal bintangi filem 'supernatural-thriller'
Aktres itu akan tampil dengan penampilan baru bagi menjayakan wataknya.
Amitabh Bachchan bakal bekerjasama dengan Vivek Sharma
Bintang veteran itu akan membintangi sebuah filem baru arahan Vivek.
Ajay Devgn dan Abhishek Bachchan kembali bersatu dalam filem baru
Filem yang masih belum diberi judul itu akan diterbitkan oleh Ajay sendiri.
Madame Tussauds Singapore beri penghormatan kepada Sridevi
Sebuah patung lilin mendiang aktres itu telah dipamerkan di muzium tersebut.
Rohit Shetty terima penghargaan dari Bulgaria
Pembikin filem itu turut menerima sijil penghargaan daripada Kedutaan India di Bulgaria.
Akshay Kumar ingin bintangi filem 'multiple-hero'
Aktor itu turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir aktor zaman ini.