ENG | BM
Buletin
Priyanka Chopra lebih selesa berlakon filem yang mencabar

Penulis: Nisa Irina

Priyanka Chopra akui masih berasa gementar walaupun sudah lama berada dalam industri hiburan.
Priyanka Chopra akui masih berasa gementar walaupun sudah lama berada dalam industri hiburan.

30 Okt – Bintang Bollywood Priyanka Chopra Jonas mendedahkan bahawa dia lebih selesa berlakon dalam filem-filem yang mencabar kemampuan dirinya dan berkait dengan dunia realiti.

"Saya suka filem yang mencabar saya. Saya juga meminati genre fiksyen dan filem berdasarkan realiti. Pengalaman seperti berada dalam sesuatu filem itu membuatkan saya rasa teruja.

"Saya ingin mencuba sesuatu yang akan membuatkan saya berasa gementar dan membuat saya berfikir bagaimana untuk menjayakan sesebuah babak itu," katanya yang dipetik dari NDTV.

Menurut Priyanka, perasaan gementar itu adalah perkara normal bagi setiap penghibur kerana persekitaran luar banyak mempengaruhi mereka. Walau bagaimanapun, perkara itu tidak menjejaskan kerjanya.

Selain itu, Priyanka turut mengakui dia kini berasa selesa dengan kedudukannya dalam dunia seni kerana berpeluang untuk membuat pilihan terbaik mengikut kehendak dirinya sendiri.

Sebelumnya, dia sering berasa tertekan dengan kerja dan sebagai aktres, dia perlu bergantung kepada orang lain sebelum dipilih untuk membintangi sesebuah filem.

Beralih ke perkembangan baru, Priyanka kini sedang sibuk melakukan persiapan bagi filem adiwira Hollywoodnya berjudul "We Can Be Heroes" dan filem "The White Tiger" yang akan ditayangkan di Netflix.

Enggan mendedahkan butiran mengenai wataknya dalam filem Hollywood berkenaan, Priyanka memberitahu filem itu sangat menghiburkan. Dia juga bakal terlibat dengan tujuh buah projek terbaru pada tahun hadapan.

(Sumber foto: Movie Murga)
(Sumber artikel: NDTV)


Cinema Online, 30 Oktober 2019

Pautan Berkaitan
Radhika Apte bakal arah filem sulungnya "Sleepwalkers"
Aktres itu melebarkan sayap kerjaya seninya dengan menceburi dunia pengarahan filem pula.
Kriti Sanon bakal bintangi "Satte Pe Satta"?
Pelakon itu dikhabarkan bakal bintangi 'remake' filem "Satte Pe Satta" pada tahun 1992.
Salman Khan nafi "Radhe" adalah sekuel "Wanted"
Bintang terkenal itu tampil menjawab spekulasi mengenai filem "Radhe" yang hangat diperkatakan ramai.
Kriti Sanon mula penggambaran filem baru "Mimi"
Aktres itu teruja dapat merasai pengalaman berlakon sebagai seorang ibu tumpang.
Filem Saif Ali Khan "Jawaani Jaaneman" ditunda ke tahun 2020
Aktor itu juga bakal terlibat dengan penggambaran video lagu promosi filem tersebut.