ENG | BM
Buletin
Radhika Apte jadi perisik British dalam "Liberte: A Call to Spy"

Penulis: Nisa Irina


Radhika Apte teruja dapat bintangi filem berkonsepkan sejarah Perang Dunia.

30 Jul – Aktres Radhika Apte bakal membintangi filem Hollywood keduanya yang berjudul "Liberte: A Call to Spy" sebagai watak seorang perisik British.

Sebelumnya, Radhika telah membuat debut di industri Hollywood menerusi filem aksi thriller "The Wedding Guest" yang ditayangkan pada tahun lepas. Dalam filem itu, dia telah berganding bersama Dev Patel.

Diarahkan oleh pemenang anugerah Emmy, Lydia Dean Pilcher, filem "Liberte: A Call to Spy" telah ditayangkan buat kali pertama di Festival Filem Antarabangsa Edinburgh pada Jun lalu.

Bercakap mengenai wataknya, Radhika akan menggalas watak Noor Inayat Khan, seorang perisik keturunan British yang dilahirkan di Rusia. Dia telah dibesarkan di Perancis oleh ibunya yang berketurunan Amerika dan bapanya yang berketurunan India Muslim.


Noor Inayat Khan merupakan ahli organisasi rahsia Perdana Menteri Winston Churcill yang dihantar sebagai perisik ke Perancis dengan nama samaran Madeleine.

Malangnya dia telah ditangkap dan walaupun dihukum bunuh, dia tidak mendedahkan sebarang rahsia. Perkataan terakhir yang keluar daripada mulutnya adalah "Liberte".

Radhika telah bertemu dengan Lydia di Festival Filem Tribeca pada 2015 dan ketika itu juga dia telah ditawarkan untuk membintangi filem tersebut.

"Lydia memberitahu bahawa dia sedang mencari pelakon untuk filem ini. Dengan bantuannya, saya mampu mencari maklumat mengenai watak itu serta mendalaminya.

"Saya tidak pernah terfikir untuk mendapat peluang untuk membintangi filem berkonsepkan sejarah Perang Dunia seperti ini. Ia merupakan satu pengalaman yang luar biasa," ujarnya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Dalam perkembangan lain, Radhika memberitahu bahawa dia akan membintangi sebuah lagi filem antarabangsa namun sedang menunggu untuk menandatangani projek itu secara rasmi terlebih dahulu.

(Sumber artikel: Mumbai Mirror)

(Sumber foto: The Rahnuma)


Cinema Online, 30 Julai 2019

Pautan Berkaitan
Anurag Kashyap terima ugutan bunuh di Twitter
Pembikin filem itu telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Tamannaah Bhatia bakal bintangi 'remake' "Jigarthanda"
Filem Tamil itu akan dibikin semula dalam versi Hindi terbitan Ajay Devgn.
Parineeti Chopra bersikap lebih selektif
Aktres itu menyatakan dia tidak mahu sering menggalas watak yang sama.
Judul filem baru Janhvi Kapoor diubah bagi elak disaman
Sebelum ini, judul filem itu dilaporkan sama seperti sebuah jenama minuman di Pakistan.
Sonakshi Sinha bakal rilis album sulungnya
Aktres itu turut bercadang untuk mengadakan sebuah pameran seni lukis.
Sanjay Dutt sahkan bakal bintangi filem "K.G.F: Chapter 2"
Aktor itu akan menjayakan watak anti-hero dalam filem aksi sejarah tersebut.
Diljit Dosanjh dedah keinginan berlakon filem aksi
Aktor itu kini sibuk mempromosikan filem Hindinya berjudul "Arjun Patiala".
Filem baru Akshay Kumar paling mahal?
Naskhah bersiri itu dikatakan sebagai filem komedi berbajet paling besar di Bollywood.
Parineeti Chopra imbang jadual kerja di London
Aktres itu sedang berlatih bagi filem biopik serta terlibat dengan penggambaran filem lain.
Shilpa Shetty teruja umum judul filem terbarunya
Aktres itu membuat kemunculan semula dalam filem selepas berehat selama 13 tahun.