ENG | BM
Buletin
Rohit Shetty terima penghargaan dari Bulgaria

Penulis: Nisa Irina


Filem "Dilwale" terbitan Rohit Shetty berjaya menarik ramai pelancong India ke Bulgaria.

17 Ogos – Pembikin filem Rohit Shetty meluahkan rasa teruja apabila Kedutaan India di Bulgaria telah memberi penghargaan kepadanya pada Hari Kemerdekaan India (15 Ogos).

Berikutan itu, Rohit telah berkongsi satu klip video di laman Instagram miliknya, di mana dia menerima satu sijil penghargaan kerana sumbangan membawa masuk filem-filem serta produksi Bollywood di Bulgaria.

Ternyata filem-filem Bollywood yang dibawa masuk oleh Rohit telah membantu untuk meningkatkan lagi industri pelancongan di negara tersebut.

"Inilah yang dikatakan 'Kuasa Industri Filem India'. Tahun lalu, Bulgaria telah mencatatkan peningkatan sebanyak 23 peratus kedatangan pelancong India ke sana selepas filem "Dilwale".


"Saya berasa bangga dan berbesar hati kerana diberikan penghargaan daripada Kedutaan India di Bulgaria pada hari kegemilangan ini," ujarnya menerusi laporan yang dipetik dari Times of India.

Kebanyakan babak dari filem "Dilwale" 2015 yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kajol telah difilemkan di Bulgaria dan selebihnya difilemkan di wilayah Goa, India.

Dalam perkembangan baru, Rohit kini sibuk dalam pembikinan filem aksi terbarunya berjudul "Sooryavanshi" yang menampilkan Akshay Kumar dan Katrina Kaif sebagai peneraju utama.

Filem terbitan Rohit dan Karan Johar itu turut menandakan kolaborasi pertamanya bersama Akshay dan ia dijangka akan ditayangkan di pawagam bermula 27 Mac 2020.

(Sumber foto: India Times gallery)

(Sumber artikel: Times of India)


Cinema Online, 17 Ogos 2019

Pautan Berkaitan
Priyanka Chopra dituduh hipokrit
Aktres itu dikritik oleh seorang penonton yang hadir di sebuah acara kosmetik pada minggu lalu.
Taapsee Pannu bakal bintangi filem 'supernatural-thriller'
Aktres itu akan tampil dengan penampilan baru bagi menjayakan wataknya.
Amitabh Bachchan bakal bekerjasama dengan Vivek Sharma
Bintang veteran itu akan membintangi sebuah filem baru arahan Vivek.
Akshay Kumar ingin bintangi filem 'multiple-hero'
Aktor itu turut meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir aktor zaman ini.
Alia Bhatt sentiasa amal sikap rendah diri
Aktres itu turut berkongsi butiran mengenai filem Telugu terbarunya, "RRR".
Suhana Khan bintangi filem pendek "The Grey Part of Blue"
Aktres itu turut membuat persiapan bagi membintangi filem debut Bollywoodnya.
Karan Johar salahkan diri sendiri atas kegagalan "Kalank"
Pembikin filem itu juga bercadang untuk memberi ganti rugi kepada para pelabur.
Pakistan minta jawatan Priyanka Chopra sebagai duta keamanan digugurkan
Perkara itu dilaporkan secara rasmi oleh Menteri Hak Asasi Manusia Pakistan.