ENG | BM
Buletin
Rosyam Nor: Saya sudah malas nak terbit filem

Penulis: Ashraf Nasser


Rosyam Nor mahu fokus pada perniagaan runcit dan borong miliknya, selain terus menerbitkan drama.

13 Ogos – Penerbit dan pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor akui dia sudah malas menerbitkan filem kerana ia memakan kos yang tinggi selain tidak mendatangkan keuntungan kepadanya.

Bagaimanapun, Rosyam berkata syarikat produksinya iaitu Suhan Movies & Trading masih lagi aktif menerbit drama, selain lebih selesa memberi tumpuan terhadap perniagaan runcit dan borong.

"Saya sudah malas terbitkan filem. Ramai juga yang bertanyakan perkara itu. Bukan apa, kos mahal dan kerjayanya juga renyah, tetapi tidak untung. Dalam keadaan ekonomi sekarang, tidak berbaloi jika usaha saya tidak memberikan pulangan diharapkan.

"Lebih baik saya tumpukan perhatian kepada ST Rosyam Mart. Saya bagaimanapun masih berlakon kerana lakonan sudah menjadi darah daging sejak zaman bujang lagi," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Dalam pada itu, kali terakhir Rosyam menerbitkan filem menerusi filem "Rempit Sampai Langit" pada tahun 2017 yang mana ia gagal mendapat kutipan pecah panggung dengan hanya mendapat RM411,000 walaupun dibintangi pelakon hebat.

Jumlah kutipan filem terbitan Rosyam merosot teruk sejak filem "Balistik" (RM2.3 juta), "Castello" (RM1.56 juta) dan "Cinta" (RM800,000).

(Sumber foto: Star2)


Cinema Online, 13 Ogos 2019

Filem Berkaitan
Balistik (Malay) (09 Jan 2014)
KL Gangster (Malay) (09 Jun 2011)
Kabali (Malay) (29 Jul 2016)
Pautan Berkaitan
Rosyam Nor bakal bintangi filem seram terbitan produksi di India
Pelakon itu bakal membawa watak antagonis dalam filem berjudul "House Next Door".
Rosyam Nor tak terdesak hasilkan video untuk menjadi viral
Artis tersohor tanah air ini menggunakan media sosial untuk promosi kerja seni dan perniagaan sahaja.
Rosyam Nor akui berasa tekanan bawa watak Misbun Sidek
Pelakon itu berkata demikian kerana tidak berkesempatan untuk bertemu jurulatih tersohor itu.
Rosyam Nor: "Motif" sebuah karya yang matang
Pelakon itu turut memuji idea pengarah yang tampil membawa kelainan menerusi filem tersebut.
Nadiah Hamzah bawa kelainan dalam filem debut "Motif"
Pengarah itu turut hadir memeriahkan majlis pelancaran runut bunyi filem tersebut.