ENG | BM
Buletin
Filem Saif Ali Khan "Jawaani Jaaneman" ditunda ke tahun 2020

Penulis: Nisa Irina

Jadual kerja Saif Ali Khan agak padat buat ketika ini.
Jadual kerja Saif Ali Khan agak padat buat ketika ini.

1 Nov– Tarikh tayangan filem yang diterajui aktor Saif Ali Khan berjudul "Jawaani Jaaneman" arahan Nitin Kakkar dilaporkan telah ditunda ke tahun hadapan.

Seperti yang dilaporkan oleh Pinkvilla, pada asalnya filem yang turut dibintangi aktres Tabu dan Alaia Furniturewalla itu dijadual untuk ditayangkan di pawagam pada 29 November ini.

"Pihak penerbit ingin memfilemkan sebuah rakaman video lagu promosi filem ini yang memerlukan Saif menggayakan satu penampilan baru.

"Walau bagaimanapun, Saif kini terikat dengan penggambaran siri web "Tandav" dan jadualnya agak sibuk. Oleh sebab itu, filem ini terpaksa ditanggungkan," dedah satu sumber terdekat.

Buat masa ini, tarikh tayangan baru masih belum diumumkan secara rasmi dan para pembikin dijangka akan membuat pengumuman tidak lama lagi.

Filem itu berkisar mengenai hubungan bapa dan anak perempuan yang dilakonkan oleh Saif dan Alaia. Rata-rata peminat tidak sabar untuk melihat keserasian dua bintang itu di skrin lebar.

Selain itu, "Jawaani Jaaneman" turut menandakan filem debut buat Alaia serta penyatuan semula Saif dan Tabu sejak mereka berganding dalam filem "Hum Saath Saath Hain" dua dekad lalu.

(Sumber foto: Glamsham)

(Sumber artikel: Pinkvilla)


Cinema Online, 1 November 2019