ENG | BM
Buletin
Saif Ali Khan adakan siri jelajah di Amerika Syarikat

Penulis: Nisa Irina


Saif Ali Khan kongsi hal kerjaya dan peribadi bersama peminat antarabangsa.

28 Ogos – Aktor Saif Ali Khan telah berlepas ke Amerika Syarikat untuk membuat siri jelajahnya di mana dia akan mengadakan rancangan bual bicara bersama para peminat.

Beberapa minggu lalu, aktor itu dilihat berada di bandar London, United Kingdom, bagi menjalani penggambaran filem "Jawaani Jaaneman" di samping bercuti bersama isteri dan anaknya, Kareena Kapoor dan Taimur Ali Khan.

Setakat ini, Saif telah melawat bandar-bandar seperti San Jose, Seattle dan Dallas, di mana dia telah berinteraksi bersama para peminat mengenai pengalaman kerjaya dan hidupnya.

Rancangan bual bicara itu akan diteruskan lagi di Houston pada 30 Ogos, diikuti Atlanta pada 31 Ogos dan New Jersey pada 1 September.

"Ini merupakan peluang untuk saya berkongsi perkara peribadi dan profesional dengan mereka. Penonton akan terhibur dengan cara pendekatan yang berbeza serta dapat berhubung dan ketawa bersama.

"Saya berasa lebih dekat dengan orang-orang yang saya berinteraksi. Ia juga salah satu cara promosi yang bagus bagi kerjaya kami," katanya yang dipetik dari laporan Pinkvilla.

Beralih ke perkembangan lain, Saif akan membintangi sebuah filem arahan Navdeep Singh berjudul "Laal Kaptaan" sebagai Naga Sadhu serta digandingkan dengan Ajay Devgn.

Selain itu, dia juga akan tampil dalam filem komedi romantik, "Dil Bechara", yang diinspirasikan dari filem dan novel Hollywood "The Fault In Our Stars".

Filem arahan Mukesh Chhabra itu diterajui oleh Sushant Singh Rajput dan Sanjana Sanghi sebagai watak utama dan bakal dirilis pada 29 November tahun ini.

(Sumber foto: Fanpop.com)
(Sumber artikel: Pinkvilla)


Cinema Online, 28 Ogos 2019