ENG | BM
Buletin
Salman Khan nafi "Radhe" adalah sekuel "Wanted"

Penulis: Ashraf Nasser

Filem terbaru Salman Khan akan ditayangkan pada Aidilfitri 2020.
Filem terbaru Salman Khan akan ditayangkan pada Aidilfitri 2020.

25 Okt– Selepas mengumumkan penarikan dirinya dari filem arahan Sanjay Leela Bhansali iaitu "Inshallah", bintang terkenal Salman Khan telah mengumumkan yang dia bakal muncul dengan filem terbaru berjudul "Radhe: Your Most Wanted Bhai".

Pengumuman filem tersebut telah mencetuskan keterujaan peminat yang membuat spekulasi bahawa filem tersebut adalah sekuel kepada filem "Wanted" pada tahun 2009, bagaimanapun aktor itu telah tampil menyangkal dakwaan itu.

"Pada mulanya judulnya 'Tere Naam', namun kemudian ditukar kepada 'Wanted' tetapi ia tiada kaitan dengan filem "Wanted"," ujarnya yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Filem itu akan diarahkan oleh Prabhu Dheva yang juga pengarah kepada filem terbaru aktor itu berjudul "Dabangg 3".

"Radhe" akan memulakan penggambaran pada awal November dan dijadual akan ditayangkan pada Aidilfitri 2020.

Sementara itu, filem terbaru Salman iaitu "Dabangg 3" baru sahaja melancarkan treler filem itu yang mana ia turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Sonakshi Sinha, Saiee Manjrekar dan Kiccha Sudeep.

(Sumber: Bollywood Hungama)

(Sumber foto: Koimoi)


Cinema Online, 25 Oktober 2019

Pautan Berkaitan
Emraan Hashmi senang bekerja dengan Amitabh Bachchan
Kedua-dua aktor itu menggalas watak utama dalam filem baru "Chehre".
Ayushmann Khurrana ingin terokai watak gelap
Aktor dan pembikin filem itu merupakan rakan pengarah Sanjay Gupta.
Amitabh Bachchan disahkan hidap penyakit sirosis hati
Aktor veteran itu kini sedang menjalani rawatan di hospital.
Priyanka Chopra lebih selesa berlakon filem yang mencabar
Aktres itu turut mendedahkan dia bakal terlibat dengan tujuh buah projek baru tahun hadapan.
Nawazuddin Siddiqui ingin hentikan stereotaip hero romantik
Aktor itu ingin memfokuskan lakonannya terhadap genre komedi romantik.
Parineeti Chopra teruja untuk melawat kediaman Saina Nehwal
Aktres itu ingin mendalami kehidupan atlet tersebut sebagai persiapan filem biopiknya.
Sunny Leone ulas isu plagiarisme karya seni
Aktres itu dituduh menciplak hasil karya lukisan untuk dijual bagi mengumpul dana program amal.
Tiger Shroff bakal tubuhkan gim MMA kedua
Perkara itu akan direalisasikan bersama adiknya Krishna Shroff.