ENG | BM
Buletin
Shaheizy Sam masuk set "Polis Evo 3" Oktober ini

Penulis: Ashraf Nasser


Sam mahu pastikan dapat bentuk tubuh sasa sebelum masuk ke set penggambaran "Polis Evo 3".

29 Ogos – Pelakon Shaheizy Sam memberitahu dia bakal kembali ke set penggambaran pada pertengahan bulan Otober depan untuk filem terbarunya iaitu "Polis Evo 3".

Susulan itu, dia kini sedang giat bersenam untuk menurunkan berat badan dan kembali mendapat bentuk tubuh seperti filem terdahulunya sebagai watak Inspektor Khai.

"Watak itu memang memerlukan saya mempunyai susuk tubuh sasa. Apabila berlakon, saya lebih mementingkan jalan cerita dan pengisian sesebuah produksi.

"Berat saya meningkat mencecah 80 kilogram. Namun, hasil disiplin saya berjaya mendapatkan kembali berat badan 70 kilogram selepas menyertai satu cabaran selama 20 hari," ujarnya ayng dipetik dari BH Online.

Sam berkata dia mampu mencapai sasarannya untuk dapat bentuk tubuh seperti dalam filem "Polis Evo 1 & 2" sebelum masuk ke set penggambaran nanti.

Dalam pada itu, Sam turut mengulas mengenai isu pelakon tayang badan yang menjadi kecaman netizen dengan berkata isu tersebut sepatutnya tidak perlu diperbesarkan kerana bukan seseorang pelakon berbuat demikian sesuka hati, sebaliknya demi memenuhi tuntutan watak.

Bagi dirinya sendiri, selagi perkara itu tidak melanggar batas dia tiada masalah untuk melakukannya.

(Sumber foto: Shaheizy Sam Instagram)


Cinema Online, 29 Ogos 2019