ENG | BM
Buletin
Sanjay Dutt sahkan bakal bintangi filem "K.G.F: Chapter 2"

Penulis: Nisa Irina


Sanjay Dutt menyifatkan watak Adheera sama kuat seperti Thanos.

2 Aug – Bersempena dengan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-60 pada 29 Julai, bintang Bollywood Sanjay Dutt telah mengumumkan berita baik buat para peminat, iaitu filem baru yang bakal dibintanginya.

Berikutan perkara itu, Sanjay turut mendedahkan watak dan penampilan barunya dalam filem tersebut menerusi poster 'teaser' yang dimuat naik di laman sosial miliknya.

Sanjay yang membuat debut dalam industri filem Sandalwood, akan menggalas watak antagonis utama bernama Adheera dalam filem bajet besar dinanti ramai itu.

"Karakter Adheera dalam "K.G.F" adalah sangat kuat. Jika anda telah menonton "Avengers", pasti anda tahu betapa kuatnya Thanos. Kekuatan Adheera sama seperti dia.

"Dalam prekuel, karakter Adheera hanya keluar pada pengakhiran cerita, tetapi dalam filem kedua, penampilannya lebih banyak. Inilah karakter yang saya nanti-nantikan dan akhirnya saya berpeluang untuk menjayakannya," katanya.

Menurut laporan yang dipetik dari The Indian Express, pembikin filem dan aktor Farhan Akhtar telah membantu dalam menerbitkan filem itu dibawah syarikat produksinya, Excel Entertainment.

"Semasa kecil, saya dapat melihat Sanjay menjalani penggambaran filem debutnya "Rocky" dan setelah sekian lama akhirnya saya dapat berkolaborasi dengan dia dalam sebuah projek yang istimewa," kata Farhan.

Menerusi filem itu, Sanjay akan dilihat berkongsi skrin bersama aktor terkenal Kannada, Yash, yang meneraju sebagai watak protagonis.

Francais "K.G.F" ditulis dan diarahkan oleh Prashanth Neel. Berlatar belakangkan tahun 1980-an, ia berkisar mengenai perebutan kuasa antara penjenayah-penjenayah yang ingin berkuasa atas lombong emas di Kolar, Karnataka.



Biarpun tarikh rilis masih belum ditentukan, namun pembikin filem memberitahu bahawa filem itu akan ditayangkan dalam versi Hindi, Tamil, Telugu dan Malayalam.

(Sumber artikel: The Indian Express)

(Sumber foto: DNA India)


Cinema Online, 2 Ogos 2019

Pautan Berkaitan
Radhika Apte jadi perisik British dalam "Liberte: A Call to Spy"
Filem itu merupakan filem Hollywood kedua yang dibintanginya.
Shruti Haasan fokus karier muzik selama setahun
Aktres itu telah berehat dari bidang lakonan dari 2017 hingga 2018.
Varun Dhawan pengsan di set penggambaran
Aktor itu kembali meneruskan latihan selama 18 jam selepas kesihatannya pulih.
Priyanka Chopra Jonas ingin bina legasi sendiri
Aktres itu masih belum merancang untuk mempunyai anak dalam masa terdekat.
Taapsee Pannu jadi joki lumba kuda dalam biopik baru
Bagaimanapun skrip filem arahan Shivam Nair tersebut masih dalam pembikinan.
Salman Khan bakal jumpa peminat di Amerika Syarikat
Bintang Bollywood itu ingin berinteraksi dengan lebih mesra dengan peminatnya.
Amitabh Bachchan suka akan penampilan baru dalam "Gulabo Sitabo"
Jurusolek mengambil tempoh dua jam untuk menjayakan solekan itu .
Shah Rukh Khan bakal adaptasi "Money Heist" ke filem Hindi
Berita terbaru ini nyata membuatkan peminat teruja dan tertanya samada dia akan bintanginya.