ENG | BM
Buletin
Pengarah Shamas Siddiqui umumkan filem kedua "Chalta Purza"

Penulis: Nisa Irina

Shamas Siddiqui teruja dapat kembali bekerja dengan syarikat produksi Woodpecker Movies.
Shamas Siddiqui teruja dapat kembali bekerja dengan syarikat produksi Woodpecker Movies.

25 Okt– Pengarah Shamas Siddiqui telah mengumumkan bahawa dia bakal mengarahkan sebuah filem komedi romantik berjudul "Chalta Purza", yang juga merupakan filem keduanya.

Sehubungan dengan itu, Shamas akan berkolaborasi dengan penerbit Rajesh Bhatia dan Kiren Zaveri Bhatia dari Woodpecker Movies yang menerbitkan filem debut arahannya "Bole Chudiyan".

"Saya sangat berbesar hati untuk kembali bekerjasama dengan syarikat produksi Woodpecker Movies selepas "Bole Chudiyan". "Saya berasa sangat teruja untuk menghasilkan filem komedi romantik remaja dan kekeluargaan "Chalta Purza".

"Kami akan mengumumkan barisan pelakon tidak lama lagi dan mereka merupakan pelakon-pelakon muda yang terkenal masa kini," ujarnya yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Sementara itu, 'teaser' bagi filem "Bole Chudiyan" telah dilancarkan pada penghujung bulan lalu dan menampilkan aktor Nawazuddin Siddiqui bersama Tamannaah Bhatia.

Buat pengetahuan lanjut, filem itu diinspirasikan daripada kisah hidup peribadi Nawazuddin sendiri. Dia juga akan membuat debut nyanyian menerusi lagu rap "Swaggy Chudiyan".

Walau bagaimanapun, butiran lanjut mengenai tarikh tayangan kedua-dua buah filem masih belum didedahkan lagi buat masa ini.

(Sumber foto: Shamas Siddiqui Instagram)

(Sumber artikel: Bollywood Hungama)


Cinema Online, 25 Oktober 2019