ENG | BM
Buletin
Shraddha Kapoor galas dua watak dalam "Chhichhore"

Penulis: Nisa Irina


Shraddha Kapoor tidak terlalu pentingkan penampilan di dunia luar.

4 Sep – Aktres Shraddha Kapoor teruja kerana berpeluang untuk menggalas dua watak berbeza dalam filem terbaru arahan Nitesh Tiwari berjudul "Chhichhore".

"Filem ini sangat menarik bagi saya kerana saya membawa dua watak dari dua generasi berbeza, seorang pelajar kolej dan ibu kepada seorang gadis muda. Ia adalah satu pengalaman baru buat saya," katanya yang dipetik dari Times of India.

Dalam pada itu, Shraddha berpendapat dia penampilan dirinya hanya sebahagian kecil daripada hidup dan kerjayanya sebagai bintang filem.

"Penampilan bukanlah segalanya dalam kehidupan seorang aktor, jadi saya tidak memperbesarkan perkara ini. Saya gemar bermain dengan warna dan stail rambut.

"Bercakap mengenai pembawaan watak saya dalam filem, solekan adalah perkara penting untuk menghidupkan sesebuah karakter," tambahnya lagi.

Bagaimanapun, menurut Shraddha, dia tidak begitu risau akan penampilannya di dunia luar, di mana kadangkala kulitnya kelihatan kusam, rambut tidak terurus dan mukanya berjerawat.

Jelas aktres yang sering diangkat menjadi duta kepada beberapa produk berjenama besar itu, perkara tersebut adalah normal sebagai seorang manusia.

Filem "Chhichhore", yang akan ditayangkan pada 6 September, menampilkan barisan aktor lain seperti Sushant Singh Rajput, Varun Sharma, Prateik Babbar, Tahir Raj Bhasin dan Naveen Polishetty.

(Sumber foto: wallpaperup.com)
(Sumber artikel: Times of India)


Cinema Online, 4 September 2019