ENG | BM
Buletin
Shruti Haasan fokus karier muzik selama setahun

Penulis: Nisa Irina


Shruti Haasan tidak mahu melepaskan peluang untuk berjaya dalam bidang muzik.

30 Jul – Genap sepuluh tahun berkecimpung dalam lakonan, aktres Shruti Haasan mendedahkan dia telah memberi fokus kepada karier muziknya sepanjang setahun berehat.

Sebelumnya, Shruti telah membuat keputusan untuk berehat dari bidang lakonan selepas selesai penggambaran filem Telugu "Katamarayudu" bersama Pawan Kalyan.

"Menjalani penggambaran untuk filem itu adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan tetapi sejujurnya saya berasa saya perlu berundur diri buat seketika untuk mendapatkan perspektif yang lebih baik terhadap karier saya.


"Sudah tentu ramai yang tidak memahami keputusan saya ketika itu. Bagi mereka, saya telah membuat keputusan yang tidak kena pada masa memandangkan saya telah menerima banyak tawaran filem Tamil dan Telugu," ujarnya.

Aktres itu mengakui ia adalah keputusan yang sukar untuk dibuat namun dia perlu meneruskannya atas sebab ingin memperbaiki dirinya.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh dia berehat, sekalipun tidak terlintas di fikirannya untuk berlakon dalam filem atau membuat perancangan masa depan kerana hanya memberi fokus kepada karier muziknya.

Menurut laporan yang dipetik dari Mumbai Mirror, kali terakhir aktres itu beraksi di layar perak adalah menerusi filem Tamil "Singam 3" yang diterbitkan pada 2017.

Shruti membuat debut dalam bidang muzik seawal usia enam tahun menerusi filem Tamil bapanya Kamal Haasan, yang berjudul "Thevar Magan" pada tahun 1992.

Selain itu, dia juga pernah menyumbang suara dalam lagu popular filem "Chachi 420" yang diberi judul "Chupadi Chupadi Chaachi".

Terbaru, dia sedang giat berlatih sebagai persiapan bagi siri televisyen antarabangsa "Treadstone". Siri yang penuh dengan lagak aksi itu diinspirasikan dari alam sinematik Jason Bourne.

Dia juga baru sahaja menandatangani projek filem bersama Vijay Sethupathi yang berjudul "Laabam". Jadual pertama penggambaran filem arahan SP Janannathan itu baru sahaja selesai pada beberapa bulan lalu.

(Sumber artikel: Mumbai Mirror)

(Sumber foto: Tamil Next)


Cinema Online, 30 Julai 2019

Pautan Berkaitan
Kapil Sharma alih suara "The Angry Birds Movie 2" versi Hindi
Aktor itu akan mengalih suara watak utama iaitu Red.
Jacqueline Fernandez: Saya seorang yang mesra-kamera
Aktres itu baru sahaja melancarkan saluran YouTube miliknya sendiri.
Karan Johar bakal terbit 'remake' "Dear Comrade" versi Hindi
Pembikin filem itu mengumumkan perkara tersebut selepas hadir ke tayangan khas filem.
Judul filem baru Janhvi Kapoor diubah bagi elak disaman
Sebelum ini, judul filem itu dilaporkan sama seperti sebuah jenama minuman di Pakistan.
Sonakshi Sinha bakal rilis album sulungnya
Aktres itu turut bercadang untuk mengadakan sebuah pameran seni lukis.
Sanjay Dutt sahkan bakal bintangi filem "K.G.F: Chapter 2"
Aktor itu akan menjayakan watak anti-hero dalam filem aksi sejarah tersebut.
Diljit Dosanjh dedah keinginan berlakon filem aksi
Aktor itu kini sibuk mempromosikan filem Hindinya berjudul "Arjun Patiala".
Filem baru Akshay Kumar paling mahal?
Naskhah bersiri itu dikatakan sebagai filem komedi berbajet paling besar di Bollywood.
Parineeti Chopra imbang jadual kerja di London
Aktres itu sedang berlatih bagi filem biopik serta terlibat dengan penggambaran filem lain.
Shilpa Shetty teruja umum judul filem terbarunya
Aktres itu membuat kemunculan semula dalam filem selepas berehat selama 13 tahun.