ENG | BM
Buletin
Sidharth Malhotra impi tubuhkan syarikat produksi sendiri

Penulis: Nisa Irina

Sidharth Malhotra mengakui dia meminati siri filem adiwira Marvel.
Sidharth Malhotra mengakui dia meminati siri filem adiwira Marvel.

9 Nov – Dalam pada sibuk menjayakan filem seperti "Marjaavaan" dan "Shershaah", aktor Sidharth Malhotra mendedahkan keinginannya untuk menubuhkan syarikat produksinya sendiri dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sehubungan dengan itu, Sidharth turut berkongsi dia ingin mencabar diri dengan menerbitkan sebuah francais filem adiwira dan berlakon dalam filem terbitannya itu.

"Saya merupakan peminat besar bagi siri Marvel. Ia adalah sebuah genre yang menarik minat saya. Lebih-lebih lagi kerana kami mempunyai pelbagai bahan untuk dirujuk menerusi mitos negara kami," katanya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Disoal jika ingin beralih arah ke platform digital, aktor itu memberitahu dia tidak berminat dengan perkara itu kerana ingin menerokai lebih banyak genre filem yang ditayangkan di layar perak.

Beralih ke filem "Marjaavaan" yang diarahkan oleh Milap Zaveri, Sidharth akan digandingkan bersama aktor lain seperti Tara Sutaria, Ritiesh Deshmukh dan Rakul Preet Singh.

Untuk pengetahuan lanjut, watak Sidharth diinspirasikan oleh adiwira-adiwira dari zaman 80-an dan 90-an termasuk watak bintang veteran Amitabh Bachchan menerusi filem "Deewar".

"Saya membesar dengan menonton filem-filem lama yang menampilkan Sunny Deol, Sanjay Dutt dan Amitabh Bachchan.

"Saya masih ingat ketika berusia enam tahun, saya menonton filem "Deewar" dan "Hum". Watak Bachchan telah meninggalkan impak besar buat saya," tambahnya lagi.

Filem "Marjaavaan" mengangkat kisah percintaan dan diselitkan dengan elemen aksi. Pada mulanya ia telah dijadual untuk dirilis pada 2 Oktober, namun ditangguhkan sehingga 15 November ini.

(Sumber foto: Bollyone)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)


Cinema Online, 9 November 2019

Pautan Berkaitan
Parineeti Chopra tinggal di kompleks sukan 15 hari untuk "Saina"
Aktres itu memperlihatkan komitmen tingginya untuk menjayakan filem biopik terbarunya.
Alia Bhatt mahu lebar sayap seninya ke Hollywood?
Aktres itu akan menjalani penggambaran filem barunya pada pertengahan bulan November.
Arjun Kapoor dan Rakul Preet Singh jadi kekasih dalam filem baru
Filem itu menandakan debut pengarahan bagi Kaashvie Nair.
Akshay Kumar cedera di set penggambaran "Sooryavanshi"
Aktor itu sedang menjalani penggambaran bagi sebuah babak aksi penting dalam filem.
Amitabh Bachchan umum rehat panjang dari lakonan
Aktor veteran itu terpaksa berbuat demikian berikutan masalah kesihatannya yang kronik.
Ananya Panday terus menentang isu pembulian siber
Aktres itu ingin orang ramai mengambil perhatian terhadap isu yang semakin tular tersebut.