ENG | BM
Buletin
Sonakshi Sinha buat penampilan istimewa dalam "Laal Kaptaan"

Penulis: Nisa Irina

Pengarah "Laal Kaptaan" memuji kehebatan lakonan Sonakshi Sinha.
Pengarah "Laal Kaptaan" memuji kehebatan lakonan Sonakshi Sinha.

26 Sep – Aktres Sonakshi Sinha dilaporkan akan membuat penampilan istimewa menerusi filem "Laal Kaptaan" yang dibintangi aktor Saif Ali Khan.

Menurut laporan dari The Indian Express, pengarah Navdeep Singh mendedahkan bahawa mereka akan mempromosikan filem itu dengan menggunakan suara latar aktres tersebut.

"Ia merupakan sebuah penampilan istimewa yang agak penting. Saya mahukan seseorang yang mempunyai kualiti lakonan yang tinggi, berketerampilan serta mampu membawa impak kepada orang ramai.

"Sonakshi dilihat sangat sesuai dengan ciri-ciri tersebut. Buat masa ini saya akan merahsiakan peranannya. Namun apa yang saya mampu cakap, dia adalah watak paling terkenal dalam filem ini," jelas Navdeep.

Pengarah tersebut memberitahu bekerja dengan Sonakshi adalah sebuah pengalaman menarik baginya memandangkan aktres itu sangat berbakat.

Selain Sonakshi dan Saif, filem itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Deepak Dobriyal, Zoya Hussain, Simone Singh, Saurabh Sachdeva dan Manav Vij.

Diterbitkan oleh Sunil Lulla dan Anand L. Rai, "Laal Kaptaan" akan ditayangkan di pawagam bermula 18 Oktober ini.

(Sumber foto: Grazia India)
(Sumber artikel: The Indian Express)


Cinema Online, 26 September 2019