ENG | BM
Buletin
Shah Rukh Khan bakal kembali dengan filem terbarunya

Penulis: Nisa Irina

Shah Rukh Khan bakal jadi pengacara TED Talks India musim kedua.
Shah Rukh Khan bakal jadi pengacara TED Talks India musim kedua.

5 Okt – Selepas berehat dari dunia perfileman akibat kegagalan filem terakhirnya "Zero", kini bintang popular Shah Rukh Khan mendedahkan bahawa dia bakal tampil dengan projek filem terbaru.

"Saya sedang mengambil masa untuk berfikir. Saya sedang menghasilkan lebih kurang dua ke tiga buah skrip dan sejurus saja ia siap ditulis, saya bersedia untuk mengumumkannya.

"Sehingga ke waktu itu, sebahagian daripada beberapa spekulasi yang sedang diperkatakan telah membantu saya mendapatkan idea baru.

"Terdapat sebuah filem berjudul "Tarzan and Jane", dan saya rasa saya ingin membawa watak Tarzan. Mungkin dalam tempoh sebulan dua, saya akan memikirkan tentang perkara itu," katanya yang dipetik dari laporan The Indian Express.

Baru-baru ini, terdapat spekulasi yang mengatakan Shah Rukh Khan akan bekerjasama dengan Ali Abbas Zafar untuk projek terbarunya iaitu 'remake' filem "Kill Bill" versi Hindi.

Walau bagaimanapun, satu sumber terdekat telah menafikan perkara tersebut serta menyatakan Shah Rukh Khan tidak akan menjayakan sebarang watak antagonis dalam mana-mana filem buat masa ini.

Dalam perkembangan lain, Shah Rukh Khan bakal menjadi pengacara bagi rancangan TED Talks India buat kali kedua yang akan disiarkan menerusi saluran Star India Network.

Rancangan TED Talks India musim kedua itu akan disiarkan pada hari ulang tahun kelahiran aktor tersebut, iaitu pada 2 November depan.

Ia juga akan menampilkan 26 orang penceramah dari latar belakang berbeza.

(Sumber foto: indicine.com)
(Sumber artikel: The Indian Express)


Cinema Online, 5 Oktober 2019

Pautan Berkaitan
Pembikin filem batalkan tayangan "Lootcase" di pawagam
Bagaimanapun, filem itu akan ditayang khas di sebuah portal penstriman video terkenal.
Aishwarya Rai dipilih jadi "Maleficent" Bollywood
Aktres itu akan mengalih suara bagi filem sekuel "Maleficent: Mistress of Evil".
Ayushmann Khurrana teruja nantikan tahun 2020
Aktor itu bakal tampil dengan empat buah projek filem terbaru pada tahun hadapan.
Radhika Apte ingin teroka bidang seni dengan lebih mendalam
Aktres itu tidak mahu terus berada dalam zon selesa dengan pencapaiannya.
Siddharth Anand rancang terbitkan francais "War"
Pengarah itu gembira kerana filem tersebut berjaya mendapat sambutan hebat.
Hrithik dan Rakesh Roshan bakal kembali dengan "Krrish 4"?
Aktor itu menjalani latihan bersama seorang guru bahasa isyarat.
Filem "Housefull 4" cepat siap kerana Akshay Kumar
Filem yang sepatutnya menjalani penggambaran selama 90 hari berjaya dihabiskan dalam tempoh 65 hari.
"Baahubali" akan ditayangkan di Royal Albert Hall London
Filem pecah panggung itu akan ditayangkan di dewan berprestij itu pada bulan Oktober ini.
"Dream Girl" bakal jadi filem dapat kutipan tertinggi Ayushmann Khurrana
Filem itu mendapat sambutan luar biasa daripada penonton sejak ditayangkan.
Janhvi dan Boney Kapoor berkolaborasi dalam filem "Bombay Girl"
Mereka turut mendedahkan penggambaran filem akan bermula tahun hadapan.
Perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas bakal ke layar perak
Aktres itu turut mendedahkan dia akan menerbitkan dua filem baru.
Adil Hussain sertai "Star Trek: Discovery" musim ketiga
Namun begitu, ini bukanlah kali pertama aktor India dipilih untuk membintangi siri tersebut.
Sunny Kaushal bintangi filem "Bhangra Pa Le"
Aktor itu turut berasa teruja kerana dapat menggalas dua watak dalam filem tersebut.