ENG | BM
Buletin
Shah Rukh Khan bakal buat 'cameo' dalam "Brahmastra"

Penulis: Nisa Irina

Kali terakhir Shah Rukh Khan dilihat di layar perak adalah menerusi filem "Zero".
Kali terakhir Shah Rukh Khan dilihat di layar perak adalah menerusi filem "Zero".

2 Nov – Berita baik buat peminat bintang terkenal Shah Rukh Khan apabila dia bakal kembali ke layar perak menerusi filem ketiga arahan Ayan Mukerji, "Brahmastra".

Seperti yang dilaporkan menerusi Mumbai Mirror, Shah Rukh Khan disahkan akan membuat penampilan 'cameo' yang juga salah sebuah watak penting dalam filem tersebut.

"Ia adalah sebuah penampilan khas tetapi Shah Rukh Khan menggalas peranan penting dalam perjalanan hidup Ranbir Kapoor.

"Dia telah pun berbincang dengan kami mengenai tarikh-tarikh yang sesuai dan akan menjalani penggambaran sebelum tahun ini berakhir," dedah satu sumber terdekat.

Filem bertemakan pengembaraan fantasi adiwira itu merupakan naskhah terbitan Karan Johar dan diterajui oleh aktor Ranbir Kapoor, Amitabh Bachchan serta aktres Alia Bhatt.

Terdahulu, Karan pernah mengumumkan filem itu bakal dijadikan sebagai sebuah trilogi dan akan dibikin dalam tempoh sepuluh tahun.

Buat pengetahuan lanjut, ini bukanlah kali pertama Shah Rukh Khan berkongsi skrin dengan Ranbir. Sebelumnya, Shah Rukh Khan pernah tampil sebagai 'cameo' dalam filem dibintangi Ranbir iaitu "Ae Dil Hai Mushkil".

Filem "Brahmastra" dijadual untuk ditayangkan pada Hari Krismas tahun ini namun tarikh tayangannya ditunda hingga ke musim panas 2020.

(Sumber foto: Wikipedia)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)


Cinema Online, 2 November 2019

Pautan Berkaitan
Tiger Shroff bakal tubuhkan gim MMA kedua
Perkara itu akan direalisasikan bersama adiknya Krishna Shroff.
Sunny Leone ulas isu plagiarisme karya seni
Aktres itu dituduh menciplak hasil karya lukisan untuk dijual bagi mengumpul dana program amal.
Parineeti Chopra teruja untuk melawat kediaman Saina Nehwal
Aktres itu ingin mendalami kehidupan atlet tersebut sebagai persiapan filem biopiknya.
Disha Patani disahkan buat penampilan dalam filem "Radhe"
Aktres itu turut berasa teruja kerana berpeluang untuk bekerja dengan Salman Khan.
Tayangan "Bhangra Paa Le" dibatalkan di pawagam
Penerbit filem buat keputusan untuk menayangkan filem itu di portal penstriman video terkenal.
Akshay Kumar bakal buat debut dalam video muzik "Fillhal"
Aktor terkenal itu akan berkolaborasi dengan penyanyi Punjabi, B Praak.
Hrithik Roshan bakal jadi peneraju utama "Baiju Bawra"?
Aktor itu dilaporkan telah dipilih untuk membintangi filem Sanjay Leela Bhansali tersebut.
Pashmina Roshan ikut jejak langkah sepupu ke dunia Bollywood
Pashmina kini sedang berlatih bersama Hrithik Roshan sebelum membintangi filem.