ENG | BM
Buletin
Sunny Leone sertai program amal bantu pesakit kanser

Penulis: Nisa Irina

Sunny Leone ingin meningkatkan kesedaran terhadap orang ramai mengenai kanser.
Sunny Leone ingin meningkatkan kesedaran terhadap orang ramai mengenai kanser.

8 Okt – Demi membantu golongan pesakit kanser, aktres Sunny Leone telah mengambil langkah inisiatif dengan menyertai sebuah program amal yang diadakan pada Jumaat lalu.

Sehubungan dengan itu, Sunny turut melibatkan diri dengan menjual lukisan-lukisan serta barang kemas miliknya bagi mengumpul dana yang akan disumbangkan kepada pesakit kanser di Hospital Tata Memorial.

Akres yang kehilangan bapanya pada 2010 itu turut berkongsikan foto-foto seni lukisannya yang dijual dengan harga lelong menerusi laman Instagram.

"Selepas kehilangan bapa saya yang meninggal dunia akibat kanser, ini merupakan langkah terbaik bagi saya.

"Dengan membantu mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran terhadap orang ramai, saya merasakan ia adalah satu pencapaian kecil dalam hidup saya," katanya yang dipetik dari Times of News.

Program yang dianjurkan oleh pereka fesyen Maheka Mirpuri itu turut disertai ramai selebriti terkenal Bollywood seperti John Abraham.

Beralih ke perkembangan lakonannya, Sunny telah dilihat membintangi sebuah filem aksi komedi berjudul "Arjun Patiala" arahan Rohit Jugraj yang ditayangkan pada 26 Julai lalu.

Selain itu, dia bakal membuat debut dalam industri Malayalam menerusi dua buah filem berjudul "Rangeela" dan "Madhura Raja" serta filem Tamil "Helen" dan "Veeramadevi".

(Sumber foto: Netmeds)
(Sumber artikel: Times of News)


Cinema Online, 8 Oktober 2019